Header Ads

ads header

Flash News

Putar lagi: Kenyataan 2 Adun Perlis akan keluar Umno hanya analogi kata Wan Saiful


PETALING JAYA: Setiausaha PPBM Perlis, Wan Saiful Wan Jan menafikan 2 lagi Adun Perlis akan meninggalkan Umno seperti dilaporkan media semalam.

Beliau berkata, kenyataannya itu hanya dijadikan analogi untuk menunjukkan kekuatan Umno tidak lagi kukuh.

“Saya nyatakan kerajaan negeri Perlis ini senang sahaja untuk digugat. Kalau 2 orang (Adun) saja keluar Umno, tinggal 7, maka itu pun dah boleh menyebabkan kerajaan Umno terbubar.

“Dalam saya buat analogi itu, dah ramai yang bertanya bila ia akan berlaku. Bukan maksud saya memang ada 2 orang yang nak keluar. Kalau 2 orang saja ubah selera, itu pun akan jadi masalah,” katanya kepada FMT hari ini.

Semalam, Wan Saiful dilaporkan berkata, 2 lagi Adun BN Perlis dijangka keluar parti untuk menyertai PPBM dalam masa terdekat.

Beliau yang tidak menamakan 2 wakil rakyat itu berkata, mereka bersih daripada skandal.

“Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, BN Perlis akan berbaki 7 wakil rakyat, termasuk seorang wakil MCA, setelah Datuk Ismail Kassim (Tambun Tulang) keluar dari Umno dan menjadi wakil rakyat bebas pada 20 Jun lepas.

“Situasi ini di jangka menggugat kerajaan BN Perlis,” katanya semalam.

Ketika ini, Dewan Undangan Negeri Perlis dikuasai BN dengan 9 kerusi, Pakatan Harapan melalui PKR menguasai 3 kerusi, PAS (2) dan bebas (1).

Hari ini, Wan Saiful berkata, fokus PPBM Perlis sekarang ialah menunjukkan kepada rakyat ia tidak pilih bulu dalam perkhidmatannya.

Katanya, bantuan yang diberikan dalam program “Shopping Back To School” semalam dilakukan melalui yayasan bagi memastikan prosesnya telus dan mengelakkan ia dipolitikkan.

“Niat kita ialah membantu semua tanpa mengira latar belakang. Insya Allah kita teruskan fokus untuk berkhidmat kepada rakyat.”

MR :  Puak PH dan pimpinan mereka kalau bercakap kena tapis, tak sampai 24 jam boleh bertukar


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: