Header Ads

ads header

Flash News

PLKN Dimansuhkan, Nasib 2,100 Kakitangan Kontrak Tetap Terbela


KUALA LUMPUR – Nasib 2,100 kakitangan kontrak Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tetap terbela meskipun kabinet telah memutuskan untuk memansuhkan program itu sejak Ogos lalu.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kementeriannya sedang dalam usaha membantu kakitangan itu mendapat pekerjaan sama ada dalam kerajaan mahupun di sektor swasta.

“Kita memberi fokus membantu pegawai kontrak sedia ada dengan mencari tempat pekerjaan untuk mereka selain ‘soft landing’ diadakan dari bulan enam hingga bulan 12 dan sambil itu gaji tetap dibayar.

“Mungkin kita akan pertimbangkan untuk menyerap mereka ke program yang akan dilaksanakan kementerian seperti Program Sekolah Kepemimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS) yang akan diadakan tahun depan. Mungkin kita tidak boleh nak ambil (serap) semuanya (kakitangan), tetapi kita akan cuba membantu sebaik mungkin,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Mohamad Imran Abd Hamid yang ingin tahu pendekatan yang diambil kerajaan bagi membela nasib kakitangan PLKN.

Syed Saddiq berkata kementerian itu menerusi ketua setiausahanya turut mengadakan perjumpaan bersama kakitangan kontrak PLKN pada minggu lalu bagi menerangkan hala tuju masa depan yang akan dilaksanakan kementeriannya. – BERNAMA

MR :  Semenjak PH memerintah ramai yang berhenti kerja daripada yang dapat kerja


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Biasanya: Patah tumbuh, hilang berganti

    Yang berlaku adalah sebaliknya

    Yang hilang berganti: good

    Yang telah tumbuh di patah-patahkan pula:

    Ini bukan tikus baiki labu

    Ini adalah tailor ukur baju di badan sendiri

    sedangkan ukuran sepatutnya adalah di badan klien.



    BalasPadam