Header Ads

ads header

Flash News

PH Digelar Pakatan Hancing, Perlu Segera Fokus Tunai Janji – AMK


KANGAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kangar menggesa kerajaan Pakatan Harapan memberi fokus menunaikan janji dalam manisfesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana rakyat kini sudah mula bangkit menuntut janji-janji tersebut.

Naib Ketuanya, Abdul Asymawi Syazwi Abdul Halim berkata, sudah tiba masanya Pakatan Hadapan menunaikan janji manisfesto dan bukannya terus memainkan isu seperti siapa Perdana Menteri kelapan.

Katanya, fokus perlu diberikan kepada usaha-usaha untuk memulihkan ekonomi, kos sara hidup yang tinggi dan kejatuhan nilai mata wang yang dilihat semakin membimbangkan.

“Banyak respon buruk yang kita lihat khususnya di dalam media sosial mengenai Pakatan Harapan. Malah ada yang gelarkan kita ‘pakatan hancing’.

“Situasi ini perlu ditangani dengan segara kerana rakyat telah memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan dan ingin melihat kerajaan yang lebih baik pada dahulu,” katanya kepada Utusan Online di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga berharap wakil rakyat memainkan peranan dengan berkesan dalam membantu penduduk di kawasan masing-masing serta bukannya sibuk melompat parti.

“Amalan lompat parti ini dilihat tidak baik dan kalau boleh janganlah kita terima mereka yang lompat ini menyertai Pakatan Harapan.

“Rakyat memberi kepercayaan kepada kita untuk melihat Barisan Nasional (BN) jatuh dan jangan khianati amanah rakyat itu dengan menerima pemimpin terbabit,” katanya. – UTUSAN

MR :  Sendiri sedar


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. PH ditubuhkan bukan nak urus negeri tapi nak jatohkan Najib dan UMNO.

    BalasPadam
  2. sebelum pru14 lagi aku tak percaya pada ph. komponen parti dlm ph semuanya penipu2 dan kaki putar belit belaka. orang yg bodoh sombong je yg percaya pada ph.

    BalasPadam
  3. Bukan kah president amanah sendiri membuka pintu utk menerima AP UMNO ?

    BalasPadam