Header Ads

ads header

Flash News

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan meninggal dunia


Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mustaffa Daharun, 60, meninggal dunia akibat masalah paru-paru di Hospital Jempol, hari ini.

Anak kedua Allahyarham, Najmuddin Rabbani berkata bapanya dibawa ke hospital selepas Subuh pagi tadi setelah mengadu sesak nafas.

“Semasa dirawat doktor memaklumkan paru-parunya berair dan doktor memberikan bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal pukul 8.12 pagi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lalang, Jempol selepas solat Zohor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Ustaz Khairil Anuar Mohd Wafa berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dijangka menghadiri pengebumian Allahyarham.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan sembilan orang anak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mustaffa bertanding di Parlimen Jempol dan Dewan Undangan Negeri Ampangan namun tewas di kedua-dua kerusi berkenaan.

— Bernama

MR :  Semoga Allah tempatkan beliau ditempa yang mulia


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Semoga Allah mengampuni semua dosa saudara Mustaffa Daharun, merahmati dan melindungi rohnya dan menempatkan beliau di dalam syurga dan menolong, melindungi dan membimbing keluarganya. Amin.

    BalasPadam
  2. ingat judi ingat dompetQQ agen PokerV terbaik

    BalasPadam