Header Ads

ads header

Flash News

Perwakilan desak MCA keluar BN, bukan bubar BN


Sekumpulan perwakilan MCA bertindak meninggalkan dewan sebagai tanda protes terhadap resolusi parti itu yang mahu supaya BN dibubarkan.

Mereka mendakwa tidak setuju dengan pilihan MCA yang mendesak supaya BN dibubarkan kerana berpendapat langkah yang wajar diambil ialah meninggalkan gabungan yang sudah tidak lagi menjadi kerajaan itu.

Perwakilan dari Perlis Lok Kee Beng, 53, berkata secara umum masyarakat Cina di negara ini mahu melihat supaya MCA keluar dari BN.

"Hari ini kami datang untuk menentukan sama ada MCA wajar terus bersama BN atau tidak," katanya kepada media selepas keluar dari dewan persidangan di Kuala Lumpur.

BN gagal mendapat kepercayaan pengundi untuk kekal menjadi kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) yang diadakan pada 9 Mei lalu.

Ekoran kemenangan Pakatan Harapan (PH) di peringkat pusat dan sebahagian besar negeri, hampir semua parti yang berpayung dalam BN meninggalkan gabungan terbabit.

Ketika ini parti utama yang masih wujud membentuk BN ialah Umno, MCA dan MIC.

Salah seorang calon presiden MCA yang bertanding pada pemilihan kali ini, Gan Peng Sieu, menawarkan untuk membawa parti berkenaan meninggalkan BN sehari selepas diumum sebagai pemenang.

Bagaimanapun Gan gagal dalam cubaan mengisi tempat yang dikosongkan oleh Liow Tiong Lai itu, sebaliknya seorang lagi calon, Wee Ka Siong muncul sebagai pemenang.

Wakil Kepong Lai Yoong Woon pula mempersoalkan alasan kepemimpinan MCA menggunakan perkataan tertentu seperti tertera dalam resolusi hari ini.

"Mengapa kamu mahu kami memberi restu kepada pemimppin pusat untuk mendesak BN dibubarkan?" katanya.

Rakan Lai, Chua Leong Chew, apa yang dilakukan pimpinan MCA itu bukanlah apa yang disampaikan oleh pemimpin parti kepada anggota akar umbi.

"Daripada ucapan pemimpin, kami difahamkan akan membuat keputusan sama ada keluar (BN) atau tidak.

"Ini (cadangan membubarkan BN) bukanlah kehendak perwakilan," katanya.

MR :  Dari dulu lagi nak keluar tapi tak keluar-keluar... pening


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Mca akan menjadi cupak hanyut.kekal tidak bertambah,keluar tidakberkurang.Mca wajar ubah gaya lama.Dekati dan kenali Pas seperti Mic.Usah terperangkap dlm persepsi buruk yg dicipta sendiri.Pas tk rugi wlpun bergerak solo tapi 28 tahun di Kelantan bersih daripada kes SPRM sebagai bukti ketrampilan berpolitik gaya kotemporari

    BalasPadam
  2. susah sangat join dap

    BalasPadam