Header Ads

ads header

Flash News

Pemuda DAP kritik Syed Saddiq, Pemuda PKR minta Dr M jangan sinis


Pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini dilihat terus mengeluarkan kritikan terbuka sesama sendiri.

Terbaru adalah antara pemimpin Pemuda DAP yang mengkritik Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahmad, dan pemimpin Pemuda PKR yang meminta Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad "tidak sinis".

Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Sarawak Abdul Aziz Isa menyatakan kritikannya ketika menyentuh kenyataan Syed Saddiq yang sebelum ini berkata DAP juga pernah menggesa menteri meletakkan jawatan.

Syed Saddiq sebelum ini menujukan kenyataannya kepada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy yang mengkritiknya kerana menyokong gesaan Pemuda Bersatu menggesa peletakan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy.

Susulan itu, dalam kenyataan medianya hari ini, Abdul Aziz menyifatkan Syed Saddiq sebagai sebagai opurtunis.

"Saya memilih untuk tidak mengulas kenyataan terbaru Syed Saddiq kerana bagi saya, dia hanya persona nan grata (orang yang tidak diinginkan).

"Bagaimanapun, apabila dia menyebut tentang pemimpin Pemuda DAP dalam kritikannya terhadap Ramasamy, jelas bahawa dia merujuk kepada saya.

"Saya terkejut dengan kedangkalan Syed Saddiq dalam politik. Dia adalah opurtunis yang membuat tindakan untuk meraih sokongan dan disukai anggotanya," kata Abdul Aziz.

Tegas Abdul Aziz lagi, pemimpin Pemuda DAP tanpa jawatan dalam kerajaan yang menggesa seorang menteri meletakkan jawatan tidak sama dengan seorang menteri yang menggesa menteri lain meletakkan jawatan.

Kata Abdul Aziz, tindakan Syed Saddiq boleh mengancam kestabilan kerajaan.

Semalam, Abdul Aziz menggesa Menteri Pendidikan Maszlee Malik meletakkan jawatan namun menarik semula kenyataannya tiga jam kemudian.

'Dr M tak perlu sinis'

Sementara itu, Naib Ketua PKR Syed Badli Shah Syed Osman sebelum ini menyeru Mahathir tidak memandang sinis pandangan Rafizi Ramli yang menyifatkan populariti perdana menteri itu semakin merosot.

Syed Badli berkata Mahathir perlu menerima pandangan Rafizi sebagai sesuatu yang positif kerana kajian bekas anggota parlimen Pandan itu mampu membantu kerajaan dalam usaha memperkukuh sokongan orang Melayu terhadap PH.



"Terdapat kebimbangan sokongan kaum Melayu terhadap kerajaan Pakatan Harapan dan perkara ini perlu ditangani dengan bijak.

"Pandangan Rafizi berdasarkan kaji selidik bulanan yang dijalankan mendapati populariti perdana menteri menjunam sebanyak 19 peratus kepada 53 peratus berbanding 72 peratus pada bulan Jun tahun ini.

"Terdapat penurunan mendadak sebanyak 20 peratus di kalangan responden dari ketiga-tiga kaum – Melayu (dari 66 peratus kepada 45 peratus), Cina (dari 87 peratus kepada 65 peratus) dan India (dari 84 peratus kepada 64peratus)," katanya dalam satu kenyataan.

Rafizi yang juga bekas anggota Parlimen Pandan kelmarin memberi peringatan kemerosotan populariti pengerusi Bersatu itu akan bertambah teruk “jika tidak diuruskan dengan baik”.

Mengulas lanjut, Syed Badli berkata penghijrahan beramai-ramai wakil rakyat Umno ke Bersatu merupakan antara penyumbang utama penurunan populariti Mahathir.

Syed Badli dalam kenyataan medianya turut mencadangkan agar Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat ketetapan berkaitan isu penghijrahan Umno.

"Rakyat telah membuat keputusan berani dengan menolak rejim Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum lalu.

"Tentunya dengan menerima masuk wakil rakyat Umno yang melompat akan mencetuskan kebimbangan dikalangan rakyat bahawa PH sedang mengkhianati mandat yang diberikan.

"Oleh yang demikian Majlis Presiden Pakatan Harapan perlu membuat ketetapan berkaitan isu penghijrahan Umno untuk meredakan kebimbangan umum," katanya.

MR :  Rakyat sedang saksi 'perbutan' kuasa dalam PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan