Header Ads

ads header

Flash News

Pemimpin Umno sertai PH beri 2/3 majoriti di Parlimen kata penganalisis


PETALING JAYA: Kemasukan ahli Umno ke dalam Pakatan Harapan (PH) membolehkan gabungan parti itu memperoleh majoriti 2/3 di Parlimen bagi melaksanakan reformasi,” kata penganalisis politik.

Kamarul Zaman Yusoff berkata tidak dinafikan banyak janji dalam teras 2 manifesto PH iaitu mereformasi institusi pentadbiran dan politik yang memerlukan kepada majoriti 2/3 di Parlimen.

“Antaranya ialah janji mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, memisahkan pejabat pendakwa raya negara daripada Pejabat Peguam Negara, mengembalikan wibawa institusi Parlimen, menjamin ketelusan dan kemodenan sistem pilihan raya serta mengembalikan kepercayaan terhadap institusi kehakiman dan perundangan.

“Semua janji reformasi institusi pentadbiran dan politik ini melibatkan urus tabir baik (good governance) dan tidak menyentuh soal kedudukan Melayu dan Islam,” katanya.

Kamarul berkata kemasukan ahli Parlimen Umno ke dalam mana-mana parti komponen PH tidak sepatutnya menjadi satu isu besar sekiranya tidak mengubah perjanjian dalam muafakat PH mengenai pelan peralihan kuasa dari Tun Dr Mahathir Mohammad ke Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini beberapa pemimpin Umno diterima masuk ke dalam PPBM, ia termasuk Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Datuk Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).

Terbaharu, 36 pemimpin Umno Sabah mengisytiharkan keluar parti, ia termasuk 9 Adun, 4 Ahli Parlimen, 2 senator dan 21 ketua bahagian Umno atas alasan kepimpinan Umno Pusat tidak bersatu, tidak mempunyai hala tuju politik jelas dan sering bercanggah pendapat.

Sehubungan itu, Dr Mahathir juga mengakui pimpinan Umno Sabah ada bertemu beliau seminggu sebelum membuat keputusan meninggalkan parti itu.

Keterbukaan PPBM menerima wakil rakyat Umno itu dibidas pemimpin DAP yang mendakwa Dr Mahathir sudah 2 kali melanggar janji apabila menerima bekas pemimpin Umno.

Mengulas lanjut, Kamarul berkata walaupun ahli Parlimen Umno memasuki PH, Umno sebagai sebuah parti politik akan tetap wujud, melainkan jika ia dibatalkan pendaftarannya.

“Apa yang bakal berlaku ialah Umno akan diketuai dan didokongi oleh pemimpin-pemimpin baru yang belum banyak terlibat dengan urusan pemerintahan negara sebelum ini.

“Tanpa nama besar Umno tentu akan mengambil masa untuk memposisikan semula kedudukannya dalam dunia politik, tetapi kebaikannya ialah mereka belum tercemar.

“Tanpa rekod buruk sebelum ini, mereka boleh memberikan harapan baru kepada rakyat Malaysia sebagai alternatif kepada PH jika PH gagal merealisasikan janji-janjinya.”

MR :  Budaya lompat parti adalah budaya tidak sihat dalam sistem demokrasi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:


  1. MR : Budaya lompat parti adalah budaya tidak sihat dalam sistem demokrasi .. tak sihat kat kite2 bang..

    BalasPadam
  2. Lompat parti adalah senaman untuk ahli politik

    BalasPadam