Header Ads

ads header

Flash News

Najib kata PH sengaja cari alasan untuk bayar deviden Tabung Haji rendah tahun ini


Ada satu laporan oleh media Singapura yang dimiliki kerajaan Singapura semalam (Ahad), yang tiba-tiba memetik orang dalam yang tidak dinamakan bahawa Tabung Haji telah kekurangan dana RM4 bilion.

Tuduhan ini tidak mendakwa RM4 bilion telah dirompak ataupun di curi tetapi mendakwa ada pemalsuan akaun yang membolehkan Tabung Haji untuk membayar dividen yang lebih tinggi dari sepatutnya untuk tahun-tahun yang lalu.

Pokoknya ialah ia satu tuduhan berat di mana Tabung Haji didakwa terlebih bayar dividen kepada semua pencarum untuk beberapa tahun.

Berat tuduhan ini. Iaitu membayar dividen yang terlalu tinggi. Alangkah kejamnya TH ini.

Bagaimana agaknya sebuah akhbar Singapura adalah media yang ‘membongkar’ isu ini pada minggu sama himpunan 812 yang dijangka disertai jutaan rakyat bakal diadakan? Siapa yang bercakap dengan akhbar milik kerajaan Singapura itu?

Bagaimana ini boleh terjadi pada ketika TH telah diaudit dan aset dinilai dengan teliti? Juga, anda perlu tahu bahawa TH dijamin sepenuhnya oleh kerajaan dan pendeposit tidak berada dalam situasi wang mereka akan hilang.

Saya lebih pelik dengan cadangan-cadangan yang diberi oleh orang dalam tidak bernama ini kepada media milik kerajaan Singapura ini untuk mengatasi masalah RM4 bilion ini.

Cadangan ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk Tabung Haji mengisytihar dividen yang jauh lebih rendah pada tahun ini untuk mengurangkan "jurang" RM4 bilion ini.

Semua tahu bahawa pasaran saham dan ekonomi kita berada dalam prestasi buruk sejak PRU14. Sudah tentu dividen akan lebih rendah untuk tahun ini.

Saya jangkakan kerajaan PH akan gunakan ‘kisah RM4 bilion’ ini sebagai alasan untuk menyalahkan BN dan mengisytihar dividen yang rendah untuk TH.

Tabung Haji di bawah kerajaan PH terpaksa membayar dividen yang sangat rendah tahun ini kerana kerajaan BN telah membayar dividen yang terlebih tinggi untuk tahun-tahun yang lepas.

Jalan yang paling mudah ialah untuk reka satu cerita untuk menyalahkan BN.

NAJIB RAZAK


MR :  Ada logik juga... Mahathir pembelit nombor satu.. No 2 kedekut dia ingat duit negara duit bapak dia


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Tiap tahun aku terima div dri TH x pernah kcewa..cuma bajib n the geng buat aku kecewa..

    BalasPadam
  2. Pakatan Hancing sibuk kencing rakyat dengan pelbagai cerita dongeng. Orang bodo saja yg percaya pada Pakatan Hancing yg telah memungkiri pelbagai janji Pakatan Hancing sendiri.

    BalasPadam
  3. Ph dikuasa puak yg tak senang dng islam jadi umat islam jng mengharap pada kerajaan ph allah maha berkuasa yg memberi rezeki. Kuatkan iman berniatlah kerana allah untuk kita jatuhkan kerajaan ph.

    BalasPadam
  4. Ini kalilah PH memerintah. Ramai pengundi melayu menyesal undi PH

    BalasPadam