Header Ads

ads header

Flash News

Mohamad Hasan masih Adun Rantau, kata speaker Negeri Sembilan


SEREMBAN: Status Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Adun Rantau masih sah sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya.

Mahkamah Pilihan Raya memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada pilihan raya umum Ke-14 lalu batal dan tidak sah.

Speaker Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar tidak mempunyai masalah membenarkan Mohamad menghadiri persidangan DUN kali ini yang berlangsung selama 3 hari bermula Isnin.

“Seminggu sebelum persidangan bermula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kepada saya Mahkamah Persekutuan menetapkan 18 Februari depan untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya.

“SPR maklumkan maklumat itu, jadi kita terima. Status beliau masih lagi Adun sehingga rayuan didengar jadi bagi saya tiada masalah menghadiri persidangan,” katanya kepada media hari ini.

Mengulas lanjut Zulkefly berkata, keputusan membenarkan Mohamad menghadiri persidangan DUN selepas ini bergantung kepada keputusan mahkamah itu nanti.

Bagaimanapun hari ini, Mohamad tidak menghadiri persidangan yang selesai kira-kira jam 5.30 petang itu.

Menerusi sebuah portal berita, sorang peguam, Lim Wei Jit mempersoalkan kehadiran Mohamad pada persidangan DUN selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya itu membuat keputusan itu.

Lim dilaporkan berkata perintah mahkamah itu sah dan perlu dihormati jika penggantungan keputusan tidak diperoleh.


MR :  Jika dia ambil tugas Presiden UMNO, jawab tak lama habislah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan