Mohamad cadang kerajaan tubuh RCI siasat TH
SEREMBAN: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terhadap isu kedudukan kewangan Tabung Haji (TH).
Beliau berkata, laporan siasatan dan audit syarikat juruaudit bebas, PricewaterhouseCoopers (PwC) yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf di Parlimen hari ini, mengundang kerisauan semua pihak.
Oleh itu, katanya, satu siasatan secara mendalam, terperinci dan benar mesti dilakukan dengan segera lagi tegas.
Menurutnya, penubuhan RCI perlu bagi membolehkan kerajaan mengetahui dengan lebih jelas mengenai isu terbabit dan mencari jalan terbaik mengukuhkan kembali institusi penting berkenaan.
“Kita mesti melihat isu ini dalam konteks yang besar, bukan saja berkaitan soal pemberian hibah yang tidak mengikut prosedur dan peruntukan TH, tetapi yang lebih mendasar ialah ia menggambarkan kewujudan krisis tadbir urus korporat dan pengurusan yang tidak mengikut amalan terbaik.
“TH adalah institusi milik orang Melayu dan Islam, masyarakat awam secara umum berhak mengetahui kedudukan sebenar institusi ini dan kebenaran hanya akan terbit daripada siasatan yang telus, tidak berpihak dan menyeluruh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Mohamad lagi, cara terbaik membela kepentingan Melayu dan Islam adalah dengan memastikan institusi berkenaan diuruskan dengan sebaiknya dan tidak dibiarkan susut nilai serta dipergunakan.
Katanya, TH yang mempunyai nama besar dan reputasi yang baik sehingga peringkat dunia harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun.
“UMNO sangat serius dalam apa jua usaha memelihara kewibawaan institusi yang berkaitan dengan orang Melayu dan agama Islam. Sebarang usaha untuk memperkuat institusi ini dan menghapuskan ketirisan, pecah amanah serta salah tadbir urus mesti disokong oleh semua pihak.
Portal berita hari ini melaporkan, pemberian hibah kepada pendeposit TH sejak 2014 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.
MR : TH haji cuba dimanipulasi oleh PH... apa mereka nak sebenarnya?
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan