Header Ads

ads header

Flash News

Mesyuarat tergempar pengusaha minyak, kerajaan elak boikot seluruh negara


PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) dan kerajaan memulakan mesyuarat tergempar bagi menghalang boikot di seluruh negara kerana harga minyak dijangka turun selepas Putrajaya menukar kaedah penetapan harga mulai bulan depan dan pengusaha stesen minyak enggan menambah bekalan.

Presiden PDAM, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata beberapa mesyuarat dijangka diadakan sebelum dapat mencapai keputusan muktamad yang akan menentukan sama ada boikot itu diteruskan.



Katanya, sejumlah pengusaha mungkin terbabit dalam boikot itu, tetapi tiada cara untuk mengetahui jumlah sebenar dan pihaknya cuba menyelesaikan masalah itu melalui perbincangan dengan kerajaan.

“Kami berharap keputusan mesyuarat itu memihak kepada semua pihak,” katanya kepada FMT hari ini.

Isnin lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan kaedah penetapan harga minyak bulanan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM) akan digantikan formula mingguan kerana penurunan harga minyak mentah dunia secara berterusan kebelakangan ini.

Katanya, pengguna boleh menikmati perubahan harga lebih cepat, selaras perubahan harga petroleum di pasaran dunia dan harga runcit minyak dijangka turun setiap minggu mulai 1 Januari ini, jika trend penurunan harga minyak dunia berterusan.

Susulan keputusan itu, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera (Bumipeda), Datuk Abu Samah Bachik semalam memberi amaran pemilik kenderaan mungkin berdepan masalah mendapat bekalan minyak mulai Selasa depan kerana pengusaha stesen minyak enggan menambah simpanan hujung bulan ini.

Katanya, keengganan itu mungkin dilihat sebagai protes dan ia terpaksa dilakukan bagi memastikan mereka tidak mengalami kerugian ketara.

Khairul berkata, undang-undang memperuntukkan pengusaha stesen minyak perlu membekalkan minyak secara berterusan atau lesen mereka boleh dibatalkan kerana gagal berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak pasti pelaksanaan harga minyak terapung setiap minggu akan menyebabkan harga jatuh hanya sekali atau secara berterusan kerana harga minyak mentah dunia sudah mencecah AS$42.71 setong.

“Kami akan bincangkan ini dalam mesyuarat juga.

“Sebagai sebuah industri, jika mereka beli minyak sebelum harga turun (pada Januari), adakah mereka mampu menjualnya pada harga lama? Secara logiknya, jika kita menjual pada harga tinggi, pembeli tidak akan membelinya.”

Beliau berkata, PDAM mahu kerajaan kembali kepada sistem penetapan harga bulanan supaya pengedar mempunyai masa mencukupi menjual bekalan minyak mereka berdasarkan harga belian.

Ini kerana, katanya, pengedar akan mengalami kerugian jika kerajaan menggunakan kaedah penetapan harga baru itu.

Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.

Mulai 29 Mac 2017, harga petrol dan diesel yang ditentukan sistem apungan terurus, diumumkan secara mingguan setiap Rabu berbanding setiap bulan.

Pada 16 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan mekanisme pengumuman harga petrol dan diesel setiap Rabu di bawah sistem apungan terurus yang diamalkan kerajaan terdahulu dimansuhkan.

Ia digantikan mekanisme harga tetap, iaitu RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel bermula 7 Jun lalu. Ini bermakna kenaikan harga minyak mentah dunia akan menyebabkan kerajaan perlu menanggung subsidi lebih tinggi.


MR :  Cara kerajaan PH bertindak dalam banyak isu tidak bijak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan