Header Ads

ads header

Flash News

Mengapa Rasulullahﷺ Berhijrah?

1. Ada yang menyamakan penghijrahan ahli UMNO yang menyertai Bersatu seumpama Hijrah yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah ﷺ. Malah, perpindahan mereka ini turut dianggap sebagai jihad dalam politik.

2. Analogi ini tidak semudah itu. Hijrah Baginda Nabiﷺ melalui proses yang amat panjang. Bermula dari Hijrah ke Habsyah, Baginda mencari tapak dakwah yang baharu di Taif. Beberapa tempoh setelah itu barulah berlaku Hijrah ke Madina setelah perjanjian taat setia dilaksanakan di Aqabah.

3. Dr. Mustafa Siba’i menegaskan bahawa Hijrah Rasulullahﷺ berlaku adalah bagi menyelamatkan dakwah Islam. Tekanan yang dikenakan oleh Quraysh menyebabkan Rasulullahﷺ perlu mencari medan dakwah yang baharu demi mempertahankan Islam. Pandangan yang sama turut dinyatakan oleh Dr. Muhammad Abu Syahbah. (Mustafa Siba’i, Sirah Nabawiyyah, 58; Abu Syahba, Sirah Nabawiyyah, 458)

4. Rasulullahﷺ dan sahabat berhijrah bukan kerana dunia. Ingatkah kita bagaimana Abu Bakar mengorbankan seluruh hartanya untuk Islam? Suhayb al-Rumi meninggalkan seluruh asset perniagaannya ketika hijrah. Begitu juga dengan Abd Rahman bin Auf. Mereka berhijrah bukan mengejar harta maupun dunia.

5. Malah Rasulullahﷺ turut membezakan mereka yang berhijrah semata-mata kerana Allah dan mereka yang berhijrah hanya kerana dunia. Sabda Rasulullah:

وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا، أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

“Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang dikejarnya, atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya hanya atas apa yang diniatkan.”

Hadith ini menunjukkan kepada kita bahawa tidak sama mereka yang berhijrah kerana Allah dengan mereka yang berhijrah kerana harta dunia.

6. Rasulullah berhijrah kerana mempertahankan dakwah dan demi membangunkan Islam. Mereka tidak sama sekali berhijrah kerana mengejar harta dunia. Apakah penghijrahan yang berlaku pada hari ini semata-mata kerana Allah dan Rasul? Apakah penghijrahan mereka dilakukan dengan mengorbankan harta untuk Allah dan Rasul?

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi



MR :  Makin hari makin sesat...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan