Header Ads

ads header

Flash News

Malaysiakini membesar perkara kecil dalam PAS


UMNO bergolak, PH tak menentu. Perang dingin Mahathir-Anwar makin melebar. Apatah lagi apabila orang Azmin dicantas oleh Anwar dengan menaikan geng Rafizi. Ahli DAP serang pimpinan mereka kerana taat kepada Mahathir.. tak hairan pemilihan ada pimpinan besar majoriti tertinggi boleh kalah. AMANAH syok sendiri dan masuk 4 tahun tak ada pemilihan takut perang dalaman antar puak IKRAM dengan Geng Mat Sabu.

PAS aje 'stady' tak ada banyak masalah besar. Jadi nak buat orang marah PAS perkara kecil dibesarkan supaya nampak dalam PAS ada pergolakkan.

Sebelum ini dikatakan Abdul Hadi nak jatuhkan Dr. Samsuri. Bodoh punya saraf. Abdul Hadi tak berikan kawasan Marang kepada anaknya Khalil tapi kepada Dr. Samsuri adalah untuk beri masej bahawa yang ganti dia bila PAS menang ialah Dr. Sam lah... Itu pun puak PH bodoh nak faham.

Ni nak laga dengan isu ada 2 MP PAS yang jumpa Mahathir..
Engkau baca artikel Malaysiakini dan engkau orang baca komen di bawah. Maka engkau orang akan tahu bahawa daripada komen tersebut penyokong PH bodoh patutlah kena kencing.

---------------------------

Ini artikel nak bodohkan pembaca

Isu MP PAS jumpa PM: Kenyataan Tuan Ibrahim dan SU bercanggah

Isu pertemuan dua anggota parlimen PAS dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dilihat semakin menjadi menimbulkan tanda tanya.

Ia susulan kenyataan dua pimpinan kanan parti itu saling bercanggah antara satu sama lain.

Bagi Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, perkara itu tiada isu yang berbangkit kerana pertemuan dua anggota parlimen itu sudah dimaklumkan.

Malah beliau menegaskan, kedua-dua MP itu juga tidak perlu dipanggil untuk sebarang penjelasan.

"Tak (dipanggil). Ia bukan isu pun, (pertemuan) dalam makluman parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

PAS akan kenal pasti MP jumpa Dr M

Sebelum ini isu tersebut tular di media sosial dan Tuan Ibrahim yang juga MP Kubang Kerian mengakui terdapat dua anggota parlimen PAS yang mengadakan pertemuan dengan Mahathir.

Katanya, pertemuan itu satu perkara biasa memandangkan Mahathir adalah pemimpin yang mempunyai banyak pengalaman dan sering menjadi rujukan banyak pihak.

“Saya pun ada dengar begitu (pertemuan). Tapi Dr Mahathir sebagai perdana menteri, dia memang terbuka menerima kunjungan siapa sahaja. Saya pun pernah jumpa tiga, empat kali dengan beliau," katanya.



Sementara itu nada sebaliknya disuarakan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang menyatakan pihaknya akan mengenal pasti dan memanggil dua ahli parlimen berkenaan.

MP Kota Bharu itu berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai pertemuaan itu dan ia tidak dimaklumkan kepada parti.

"Pihak saya memang tidak tahu menahu adanya pertemuan seperti yang diuar-uarkan. Adakah betul mereka jumpa? Jika betul mereka jumpa kita akan panggil dan dapatkan kepastian.

“Sekiranya ia perjumpaan atas hal individu atau peribadi, ia bertentangan dengan pendirian PAS dan mereka melanggar disiplin, tindakan mereka menimbulkan pelbagai persepsi dan seharusnya perjumpaan itu dibuat melalui parti, apapun kita akan siasat dulu," katanya, petik Sinar Online.

Menurut laporan itu, beliau berkata sekiranya benar (ada pertemuan) sebagai seorang ahli parlimen dan atas apa jua urusan, pertemuan itu perlulah dimaklumkan kepada parti.

Malaysiakini juga menghubungi Takiyuddin untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, bagaimanapun setakat ini beliau belum memberi sebarang maklum balas.

MR :  PH dan senonim dengan PAKATAN HANCING


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. kalu benar2 media yang berimbang, maklumat dari pihak yang 2 ahli parti itu berjumpa (iaitu atuk u-turn) juga perlu ditanyakan. kalu tak ada, kesimpulannya adalah pak media beratsebelah itu kecut teloq. kalau cam gegitu ayuh ketawa: kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. KAH KAH KAH !MP dan adun UMNO masuk rumah bersatu DAP dan sekutunya pula geli bulu ketiak.

      Padam