Header Ads

ads header

Flash News

Mahasiswa Tegas Tolak Ratifikasi ICERD


KANGAR : Himpunan Aman Rakyat Tolak ICERD tidak dianjurkan melainkan atas dasar memperjuangkan kepentingan agama, negara dan rakyat, demikian tegas Pengerusi GAMIS Perlis, Ahmad Syafiq Bin Alias.

Katanya, GAMIS Perlis akan terus komited dalam menyuarakan penolakan anak muda terhadap ICERD ini.

“ICERD atau dalam bahasa mudah ialah satu konvensyen antarabangsa, mengenai penghapusan semua bentuk diskriminasi kaum.

“Kita lihat bagaimana di dalam artikel ICERD, Perkara 1 Fasa 1, takrifan diskriminasi kaum yang dinyatakan begitu luas maknanya, ringkasnya, sebarang keistimewaan yang diberikan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah dikategorikan sebagai satu bentuk diskriminasi dan penindasan.

“Perkara ini jelas akan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada, sebagai contoh Perkara 153 yang menyentuh tentang kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera, Sabah dan Sarawak,” jelasnya di hadapan hadirin Himpunan Aman Rakyat Perlis Tolak ICERD di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) semalam.

Menurutnya lagi, meskipun Perdana Menteri telah menyatakan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan ratifikasi ICERD, namun masih terdapat keraguan akan komitmen kerajaan berhubung perkara tersebut.

Ini menurutnya, adalah kerana masih ada suara-suara yang terus-menerus mempertahankan ICERD di samping kenyataan-kenyataan bercanggah antara pimpinan dalam parti-parti komponen Pakatan Harapan.

“Walaupun pihak kerajaaan mengatakan bahawasanya mereka akan menangguh perlaksanaan ini, tetapi kita masih belum dapat melihat komitmen yang jelas daripada kerajaan sebagai bukti mereka tidak akan meratifikasikan ICERD.

“Kita juga perlu ingat, Bahawa ICERD hanya satu daripada enam Konvensyen Hak Asasi Persatuan Bangsa-bangsa (PBB) yang telah diberi komitmen oleh kerajaan melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar untuk diratifikasi.

“Di sana masih berbaki lima konvensyen yang menanti detik untuk diratifikasikan oleh kerajaan,” katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Perlis yang hadir khususnya anak muda untuk turun beramai-ramai tanpa rasa takut ke Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD yang akan diadakan pada 8 Disember nanti.

MR :  Mahasiswa perlu tegas dan cogan kata "suara mahasiswa, suara keramat" jangan dimatikan 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan