Header Ads

ads header

Flash News

Mahasiswa dakwa suara dipinggir dalam Jawatankuasa AUKU


PETALING JAYA: Gabungan Pembebasan Akademik (GPA) hari ini mendakwa mereka seolah-olah dilihat sebagai wayang oleh Kementerian Pendidikan (KPM) selepas penglibatan mereka di dalam jawatankuasa pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak diiktiraf.

Wakilnya, Azura Nasron berkata, sejak malam bantahan di kompleks kerajaan 7 September lalu, GPA ditawarkan menyertai satu jawatankuasa di bawah KPM mewakili suara mahasiwsa di dalam proses pemansuhan akta tersebut.

“Namun, sampai hari ini, saat ini, mereka (KPM) masih tidak memberikan kami apa-apa surat lantikan atau senang kata, dokumen hitam putih berkaitan penglibatan kami dalam proses ini,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Semalam, Azura dan sekumpulan mahasiswa dari GPA cuba mengadakan sidang media di lobi Parlimen, namun dihalang beberapa pegawai keselamatan sehingga menimbulkan sedikit kekecohan di perkarangan lobi bangunan itu.

Bagaimanapun, keadaan terkawal apabila Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah; Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, bertemu mereka bagi mendengar keluhan mahasiswa terbabit.

Azura berkata, meskipun beliau dan rakan-rakan lain diundang ke dalam Jawatankuasa Teknikal Mansuhkan AUKU, pandangan dan hujah mereka dipinggirkan. Sebaliknya, pandangan konsultan swasta yang diambil kira.

“Ada satu pasukan konsultan dibayar untuk buat kerja yang kami patut buat, iaitu konsultansi kementerian bagi pemansuhan AUKU, apa yang mahawsisa benar-benar mahukan. Tetapi, pihak konsultan itu yang mengambil alih kerja kami dan dibayar pula dengan lumayan,” katanya.

Azura, yang juga antara 7 orang mahasiswa di dalam jawatankuasa tersebut berkata, pasukan konsultan dari sektor swasta itu dibayar RM300,000 untuk kerja-kerja lapangan seperti kajian dan tinjauan terhadap pemansuhan AUKU.

“Kami ada, tapi bayar konsultan mahal-mahal untuk buat kerja kami.”

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar KPM, Dr Zaid Omar menyangkal dakwaan tersebut.

“Itu bukan pasukan konsultan tetapi geran penyelidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM) untuk bantu kementerian siasat polisi-polisi yang kita nak jalankan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Jelasnya, geran itu diberikan kepada Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi (IPPTN) USM untuk membuat kajian dan tinjauan berhubung kebebasan akademik di seluruh dunia, termasuk di Thailand dan Singapura.

“Terdapat beza antara aktivis dan pakar, kita perlukan mereka yang pakar dalam bidang itu untuk mengkaji perkara ini,” jelasnya.

MR :  kerajaan PH hanya manipulasi sahaja


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan