Header Ads

ads header

Flash News

Lebih 2,000 anak Sabah serah borang sertai PPBM


SHAH ALAM: Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Abu Bakar Yahya berkata lebih 2,000 anak Sabah yang tinggal di Semenanjung Malaysia menyerahkan borang keahlian hari ini.

Setiausaha politik perdana menteri itu berkata, kumpulan itu mahu menyertai PPBM sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memulihkan ekonomi negara.

“Bagaimanapun, untuk pengesahan keahlian, kita tidak boleh membuat sebarang keputusan kerana ia perlu dibawa ke mesyuarat terlebih dahulu untuk dipertimbang sebelum pendaftaran mereka diluluskan,” katanya selepas majlis penyerahan borang keahlian PPBM di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Pertubuhan Kinabalu PPBM, Adzmi KK Juatan.

Beliau menjangkakan lebih ramai orang Sabah menyertai PPBM selepas ini kerana parti itu menerima banyak permohonan keahlian setiap hari.

“Saya yang di dalam Majlis Tertinggi PPBM nampak perkembangan ini. PPBM juga tidak memaksa mereka yang menjadi ahli ini mahu menyokong parti Warisan, jika mereka mengundi di Sabah.

“Sebab di Sabah belum ada PPBM lagi, jadi parti Warisan juga menyokong kerajaan Pakatan Harapan, kita tidak halang.”

Katanya, kumpulan itu tinggal di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Beliau turut ditanya sama ada permohonan orang Sabah menyertai PPBM secara beramai-ramai akan mempercepatkan penubuhan PPBM di Sabah.

“Itu tunggu Pengerusi PPBM (Dr Mahathir) umum. Bagi saya, tidak ada lagi parti PPBM masuk ke Sabah. Tak dengar pengumuman daripada pengerusi, presiden dan setiausaha agung PPBM,” katanya.

Sementara itu, Adzmi berkata, Pertubuhan Kinabalu PPBM ialah sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu rakyat Sabah menetap di Semenanjung Malaysia.

“Saya akan berusaha membantu orang Sabah di sini dari aspek pendidikan. Ramai permintaan anak Sabah, mereka yakin dengan pertubuhan ini dan kepimpinan Dr Mahathir.”



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan