Header Ads

ads header

Flash News

Lebih 1200 Hadir Himpunan Tolak ICERD Perlis


KANGAR : Lebih 1200 umat Islam hadir dalam Himpunan Aman Rakyat Perlis Tolak ICERD yang berlangsung di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) dekat sini malam ini.

Himpunan penuh bersejarah ini menyaksikan para pimpinan daripada dua parti terbesar yang mewakili masyarakat Melayu-Islam iaitu PAS dan Umno duduk sepentas untuk menyatakan bantahan terhadap cadangan agar Malaysia meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hj. Hashim Jasin dan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Mohd. Shukri Ramli berucap mewakili PAS manakala Ahli Majlis Tertinggi Umno, YB Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman serta Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Perlis, YB Dato’ Seri Dr Shahidan bin Kassim turut berpidato menyatakan bantahan terhadap isu tersebut.

Turut sama naik ke pentas membawa suara anak muda adalah wakil GAMIS Perlis, Ahmad Syafiq Bin Alias.

Himpunan yang dianjurkan secara bersama oleh Umno dan PAS serta gabungan beberapa NGO ini menjadi simbolik perpaduan umat Islam di negeri Perlis dalam menyatakan komitmen untuk menolak sebarang usaha untuk meratifikasi ICERD di negara ini.

Satu sidang media turut diadakan pada akhir acara himpunan.

MR :  Tahniah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Momentum perlu bermula dan dari situ ia harus berterusan dari Perlis hingga ke Sabah.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah akhirnya Pas dan Umno bersatu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan bersatu boh... Tapi sepakat dalam isu tertentu..

      Padam
  3. Parti Islam PAS dan UMNO perlu berkerjasama sekarang sebab hak agama Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu sedang diancam oleh puak munafik liberal dan puak kafir harbi.

    Musuh Islam akan menjadi panik apabila mereka melihat umat Islam bersatu padu membela agama Islam dan hak umat Islam. Jika ini berlaku pakatan memerintah setakat 4 atau 5 tahun sahaja !

    BalasPadam