Header Ads

ads header

Flash News

Lagi sekali Najib perli pasal ADAM50


Bekas Perdana Menteri Najib Razak berharap kerajaan membatalkan keputusan menghentikan Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50), menyifatkan program itu insentif yang baik untuk rakyat.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata amat sedih dengan pengumuman tentang perkara itu yang dibuat Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

"ADAM50 merupakan dana pertama dalam sejarah negara untuk menggalakkan simpanan peribadi untuk ibu bapa muda.

"Satu lagi bantuan dan insentif yang baik untuk rakyat telah dimansuhkan oleh kerajaan PH," katanya.

Secara menyindir, beliau berkata kerajaan boleh saja menukar nama program itu, asalkan ia diteruskan.

"Kalau tak suka nama ADAM50, boleh jenamakan semula kepada GuanEng50, Maszlee50, atau MatSabu50. (Tetapi) Janganlah mansuh," katanya lagi.

Menerusi program itu, bayi yang lahir pada 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022 akan menerima simpanan awal RM200 melalui unit ASB (untuk Bumiputera) dan AS1M (untuk bukan Bumiputera) dan hanya boleh dikeluarkan selepas mencapai usia 18 tahun.

Hari ini, Zeti berkata program itu tidak akan diteruskan bermula tahun depan atas sebab kurang mendapat sambutan - iaitu hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan pada 2018 didaftarkan untuk program itu.

Zeti berkata kedudukan kewangan negara buat masa ini juga menyebabkan kerajaan tidak dapat memperuntukkan dana tambahan.

Najib mendakwa kerajaan sekali lagi menggunakan apa yang menurutnya sebagai "cerita dongeng hutang negara RM1 trilion" sebagai alasan menamatkan program oleh pentadbiran BN.

"Ramai orang kita yang tidak menjangka keperluan kita dan anak kita pada masa depan.

Bila sudah ada akaun ASB atau AS1M, ibu bapa boleh menyumbang berdikit-dikit dan lama-kelamaan ianya akan bertambah sehingga cukup untuk menampung keperluan kewangan apabila anak mereka masuk universiti," kata anggota parlimen Pekan itu lagi.

MR :  Tak ada perkara dibuat oleh PH tak di'kena'kan oleh Najib


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan