Header Ads

ads header

Flash News

Ku Nan didakwa lagi, kali ini terima RM2 juta daripada pemaju


KUALA LUMPUR: Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan berhubung perjanjian tanah membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa menerima jumlah itu tanpa pertimbangan daripada Cai Kin Kong melalui sekeping cek daripada Aset Kayamas Sdn Bhd, walaupun tahu Aset Kayamas, Sinerjuta Sdn Bhd, Fiber Vista Sdn Bhd, Era Ecoland Sdn Bhd, Garuda Searah Sdn Bhd dan Ujana Mutiara Sdn Bhd yang mempunyai urusan dengan kementeriannya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Bank CIMB cawangan Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun dan denda.

Hakim, Azman Ahmad membenarkan beliau diikat jamin RM500,000 bersama seorang penjamin.

Pada 15 November lalu, Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan mengaku tidak bersalah di depan Azman atas 2 pertuduhan menerima RM3 juta daripada 2 pemaju hartanah berhubung transaksi tanah milik DBKL.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menerima RM1 juta daripada pemaju Datuk Tan Eng Boon yang didakwa memberi rasuah dan bersubahat dengannya.

Tan turut didakwa di mahkamah pada hari sama.

Pertuduhan pertama dibuat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan pertuduhan pilihan dilakukan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan ke-2, Tengku Adnan didakwa menerima RM2 juta daripada Cai.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim hari ini berjaya memohon melepaskan, tetapi tidak membebaskan kes RM2 juta atas alasan fakta kes RM1 juta berlainan.

Kedua-dua kes itu dijadualkan didengar di depan hakim sama.

Peguam, Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Ku Nan kemudiannya memberitahu FMT, kedua-dua kes itu akan didengar hakim berbeza.

“Seorang hakim tidak boleh mendengar kedua-dua kes kerana fakta kes itu berbeza sama sekali.”

Permohonan memindahkan kes RM1 juta ke Mahkamah Tinggi akan didengar Jumaat ini, manakala sebutan semula kes RM2 juta ditetapkan 7 Januari depan.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan