Header Ads

ads header

Flash News

KJ tuntut Umno pilih presiden baru serta-merta


Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menggesa Umno mengadakan pemilihan parti serta-merta.

Kenyataan itu dibuat ketika seorang demi seorang tokoh Umno mengumumkan mereka meninggalkan parti terbabit.



"Setuju. (Adakan) pemilihan parti serta-merta," ciapnya di Twitter.

Terdahulu Khairy yang juga anggota parlimen Rembau menciap ulang pandangan pengguna Twitter.

Menggunakan nama @SyedRifqi99 pengguna Twitter terbabit berkata semua sayap Umno dan anggota majlis tertinggi parti itu mesti menuntut Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai presiden parti.

"Selain itu Umno mesti mengadakan mesyuarat agung luar biasa serta-merta bagi membolehkan parti memilih pemimpin baru.

"Hanya anggota Umno boleh selamatkan Umno. Bersatu, Anwar dan PAS tak boleh," ciapnya.

Kenyataan Khairy itu dinyatakannya hanya beberapa jam selepas bekas setiausaha agung Umno Radzi Sheikh Ahmad disahkan keluar dari parti tersebut dan menyertai Bersatu.

Anggota Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abd Aziz pula menjadi pemimpin terbaru - setakat ini - mengumumkan keputusannya meletak jawatan dalam Umno dan meninggalkan parti berkenaan.


MR :  Budak dalam UMNO, cara berfikir pun macam budak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Akar umbi UMNO... masa ni lah sesuai korang pulak lari tinggalkan Umno dan sokong PAS.

    Korang tak kan mati tak makan kalau sokong PAS. Mula dgn satu langkah untuk perubahan yang lebih bermakna.

    Terbukti PAS walaupun pembangkang tapi mampu bertahan selama 60 tahun hingga kini biar pun keupayaan terhad. Pemimpin2 Umno baru 7 bulan sebagai pembangkang sudah goyah bercempera lari tinggalkan parti untuk berkubur.

    Macam ni punya pemimpin korang nak harapkan dan korang beri kepercayaan untuk membela nasib Agama,Bangsa dan Tanah ini... baru tertusuk duri dah LARI.

    Sanggup ker korang berpayungkan Bersatu dan bersetongkol dgn DAP setelah Atok dan DAP menghancurkan dan memalukan Umno.

    BalasPadam