Header Ads

ads header

Flash News

Ketua Audit Negara pula sahkan Kerajaan PH yang sebenarnya curi duit ‘refund’ GST


Sebelum ini Ketua Pengarah Kastam (JKDM) sahkan kerajaan PH mencuri duit 'refund' GST dan betapa berbohongnya Lim Guan Eng.Terbaru Ketua Audit Negara pula mengesahkan penipuan Lim Guan Eng dan kerajaan PH sebagai pencuri sebenar

Ogos lalu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengakui tuntutan bayaran balik GST sebanyak RM82.9 bilion tidak dibayar sepenuhnya.

Bagaimanapun kata Ketua Pengarahnya, Dato’ Sri Subromaniam Tholasy dari April 2015 hingga penghujung Mei 2018, RM63.9 bilion bayaran yang telah dipindahkan ke akaun amanah.

"JKDM ada menuntut RM82.9 bilion daripada Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan ini untuk tujuan pembayaran balik GST dalam tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2018 tetapi jumlah penuh tidak dipindahkan kepada Tabung Amanah.

"Oleh itu, pada 31 Mei 2018, Tabung Amanah masih memerlukan dan mengalami kekurangan untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai GST sebanyak RM19.4 bilion," katanya ketika itu.

Kenyataan KP JKDM ini membuktikan Kerajaan BN sebelum ini telah membayar RM63.9 bilion tuntutan GST yang dimasukkan ke tabung amanah dari Kumpulan Wang Disatukan. Tidak hilang dan dirompak sebagaimana tuduhan Lim Guan Eng.

Bakinya sehingga 31 Mei 2018 belum dibayar sejajar dengan peralihan kuasa selepas PRU 14 bermula 10 Mei 2018. Maka kerajaan Pakatan Harapannya yang mencuri duit ‘refund’ GST itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- KP Kastam Sahkan Kerajaan PH yang curi duit ‘refund’ GST


Kali ini Ketua Audit Negara pula mengesahkan sebenarnya kerajaan PH pencuri duit ‘refund’ GST itu. Sudah berkuasa tidak mahu bayar.

Ikuti artikel Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dalam facebooknya yang dipetik oleh media massa sebagai “Terima kasih Ketua Audit Negara”.

Setelah kerajaan BN dan saya dituduh berulangkali telah "rompak" RM19.2 bilion wang tuntutan balik input GST oleh Guan Eng, saya telah menunggu agak lama untuk Laporan Audit Negara terhadap isu bayaran balik input GST diterbitkan.

Alhamdulillah, laporan ini akhirnya keluar pagi ini. Kebenaran itu pasti.

Laporan Audit menunjukkan bahawa jumlah wang input GST yang belum dibayar balik setakat 5 Jun 2018 sebenarnya ialah RM19.47 bilion (Gambar A).


Jumlah yang telah diluluskan tetapi belum dibayar hanya RM1.45 bilion dan ini juga kerana pelbagai masalah seperti akaun penerima ditutup, dibeku ataupun kurang dari 30 hari.

Sebanyak RM3.90 bilion merupakan tuntutan pulang balik yang tiada pembekalan bercukai dan sejumlah RM3.52 bilion yang masih dalam siasatan - bermakna wang ini mungkin tidak sah untuk dibayar balik.

Tunggakan yang terbesar pula ialah jumlah RM9.65 bilion yang dikategorikan sebagai wang dalam semakan. Tetapi, laporan audit juga mengesahkan bahawa bahagian terbesar tunggakan ini ialah dari 90 hari ke bawah. (Gambar B)

Tuntutan untuk bulan April dibayar pada bulan Mei manakala tuntutan untuk bulan Mei dibayar pada bulan Jun.

Ini bermaksud bahawa jikalau wang input GST lambat dibayar balik, ianya ialah kesalahan kerajaan PH sendiri.

Yang tidak semak dan tidak bayar ialah PH sendiri.

Laporan audit juga mengesahkan bahawa sebelum ini, pihak kastam di bawah pentadbiran BN dianggap cekap untuk membayar balik tuntutan GST (gambar C).

Setakat akhir tahun 2017, 98.6% dari tuntutan bayaran balik dibayar dalam tempoh kurang dari 100 hari.

Hanya 0.06% dari tuntutan yang diluluskan dibayar balik dalam tempoh 200 hari ke atas.

Terima kasih kepada Jabatan Audit Negara untuk mengesahkan bahawa Guan Eng sebenarya seorang penipu bersiri dan cuba tai-chi kelemahan dan kedangkalan sendiri untuk menyalahkan kerajaan BN dahulu.

Laporan Audit ini juga menunjukkan bahawa ada jumlah yang sangat besar bagi tuntutan bayaran balik yang mungkin tidak sah atau menunjukkan percubaan untuk menipu kastam iaitu RM3.90 bilion untuk mereka yang tiada pembekalan bercukai (no output tax) dan sejumlah RM3.52 bilion yang masih dalam siasatan.

Oleh itu, saya hairan mengapa Guan Eng tergesa-gesa untuk menjarah wang Petronas berpuluh-puluh bilion untuk tahun depan dengan alasan mahu membayar balik tuntutan-tuntutan ini. - Mohd Najib Razak

# LINK


MR :  Makin hari makin terbongkar...rakyat kena kembali kepada parti berasaskan Islam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Moga berita berita benar bukan palsu agar semua keburukkan kerajaan PH terbongkar.

    BalasPadam
  2. Biasalah kepala bapak roket @ pencuri professional akan menjerit 'pencuri!' berulang kali dan menuduh Pak Jib mencuri sedangkan wang yang dicuri berada poket kepala bapak roket sendiri.

    Nampaknya kepala bapak roket pandai main wayang opera china.

    BalasPadam
  3. Masa debat dalam parliment dengan angkuh Guan Eng templak Menteri menteri BN tak tahu diam diam dan memang tersentak menteri menteri nak jawab termasok Pekan. Mana pergi duit itu jawapanya ada kat Guan Eng.

    BalasPadam
  4. Kita tunggu siapa yg benar dan siapa yg salah. Dlm Islam kami percaya bahawa yg hak akan tetap mengatasi yg batil

    BalasPadam
  5. Kebaikan telus dan mulus adalah fakta mematahkan auta

    Selama ini fakta akaun petronas tidak untuk tatapan awam

    Tuntutan demi tuntutan di buat di dewan agar ianya telus

    Persoalannya ialah bila ianya hendak di sempurnakan?

    Harap-harap biarlah sebelum kucing bertanduk

    BalasPadam
  6. Lembu punya susu, sapi nakkan nama.

    Sapi punya onar, lembu di persalahkan

    Apa punya tui daa.

    BalasPadam