Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan PH belum bayar Royalti Kelantan dengan pelbagai alasan


KOTA BHARU: Kerajaan persekutuan belum menerima sebarang notis berhubung penarikan balik saman oleh Kelantan terhadap Petronas mahupun kerajaan pusat berhubung tuntutan royalti pada 2011.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kerajaan persekutuan masih menunggu maklumat terbaru berhubung perkara tersebut.

“Walaupun menteri besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) sebelum ini memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk menarik balik saman terhadap Petronas dan kerajaan persekutuan, namun sehingga kini tiada sebarang notis diterima oleh kedua-dua entiti.

“Kita masih menunggu maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan dan oleh sebab demikian, saya tak dapat nak mengulas lebih lanjut (kerana perkara berkenaan masih belum selesai di mahkamah),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program ‘Back To School’ anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang turut dihadiri Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Kelantan Muhamad Azli Ab Rahim di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mokan di sini, hari ini.

Oktober lepas, Ahmad dilaporkan berkata, penarikan saman itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Kelantan selepas mengambil kira kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Negara sebelum ini yang berjanji untuk menyerahkan bayaran tunai petroleum kepada negeri terlibat.

Dalam pada itu, Mohd Radzi yang juga ketua penerangan PPBM berkata, mana-mana pihak tidak harus membuat sebarang spekulasi berhubung tindakan segelintir anggota Umno keluar parti yang berlaku sejak akhir-akhir ini dan akan menyertai PPBM.

“Kadang-kadang mereka hanya keluar daripada Umno dan tak sebut pun nak sertai mana-mana parti, tapi persepsi masyarakat mengatakan mereka akan menyertai PPBM kerana ia juga parti berteraskan pribumi.

“Kita perlu berlaku adil dalam memahami isu ini kerana Tun Dr Mahathir telah sebut kita mempunyai proses yang teliti mengenai sebarang permohonan oleh mana-mana bekas anggota mahupun pemimpin Umno untuk menyertai PPBM,” katanya.


MR :  Nak kencing, tapi nak bohong kepada rakyat supaya tindakannya nampak betul


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: