Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan hidupkan semula Akta Hasutan dengan 3 syarat


KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengguna pakai beberapa akta yang kini dalam moratorium (penggantungan) jika ada kesalahan mempunyai unsur ancaman kepada keselamatan negara, orang awam dan mencetuskan ketegangan kaum.

Akta dalam moratorium ketika ini, antaranya Akta Hasutan 1948; Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 (Akta 747); Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan Akta Pencegahan jenayah 1959 (POCA).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata perkara itu dipersetujui jemaah menteri ketika mesyuarat Kabinet, Jumaat lalu.

“Jumaat lalu, Jemaah menteri sudah bincang dan keputusan ini dipersetujui, akta dalam moratorium ini akan diguna pakai untuk tiga keadaan kesalahan khas.

“Penggunaan akta berkenaan (dalam moratorium) akan diteruskan buat masa ini. Cadangan pindaan masih dalam proses, dan akan diumumkan apabila kerajaan siap merangka dasar baharu,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Pembangunan Strategi Keselamatan Siber Kebangsaan di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa kerajaan bersetuju menggunakan akta dalam moratorium dalam isu kontroversi rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya.

Muhyiddin berkata dua akta itu adalah Akta Hasutan 1948 dan Akta CMA.

Ketika ditanya dakwaan salah laku gangguan seksual di stesen radio berbahasa Inggeris BFM 89.9, Gobind berkata pihaknya maklum isu berkenaan dan akan menyiasat lanjut.

“Kita akan minta (siasat) BFM beri penjelasan dan laporan berhubung isu ini. Buat masa ini, saya tidak boleh ulas lanjut,” katanya.

Ketika ditanya perkembangan penubuhan Majlis Media Negara, Gobind berkata ia masih dalam peringkat perbincangan.

“Kita belum tubuhkan (Majlis Media) tetapi sedang jalankan perbincangan susulan. Kalau ada struktur, kita akan umumkan,” katanya.

Mengulas pelantikan selebriti, Hans Isaac sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Gobind berkata beliau akan membuat pengumuman dalam minggu ini.


MR :  Memang PH ni kaki kencing cakap tak serupa bikin


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Dahulu semasa Pakatan Hancing menjadi pembangkang , puak Pakatan Hancing mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan kebebasan bersuara.

    Sekarang Pakatan Hancing buat u-turn untuk menindas hak kebebasan rakyat untuk bersuara.

    BalasPadam
  2. Buruk siku bermakna minta balik barang yang telah diserahkan kepada orang.

    Bagaimana dengan fiil ini:

    Barang orang diancam akan dibuang tapi mengubah fikiran yakni tak jadi membuangnya sebaliknya dengan muka tak tahu malu barang orang tadi di pakai bak barang sendiri!

    Idiom sesuai adalah:

    1. Jilat balik?

    2 Jilake?

    3 Ludah dan jilat?

    4 bla, bla, bla?

    BalasPadam