Header Ads

ads header

Flash News

Kenyataan Pemimpin Hindu Makkal Katchi Berniat Jahat – Kementerian Luar


PUTRAJAYA – Kerajaan memandang serius kenyataan tanpa usul periksa dan tidak bertanggungjawab dibuat oleh Presiden Hindu People’s Party (Hindu Makkal Katchi), Arjun Sampth mengenai insiden perbalahan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, kenyataan berniat jahat itu, bertujuan mengeruhkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan India.

“Melalui perbincangan di antara Kementerian Luar dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mridul Kumar, beliau (Mridul) memberikan jaminan bahawa kerajaan India menyokong sepenuhnya tindakan yang diambil oleh Malaysia bagi menangani isu ini dan tidak akan mencampuri urusan dalaman kerajaan Malaysia,” katanya.

Pada 28 November lalu, Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai, India menerima memorandum daripada Arjun yang secara dasarnya mengutuk insiden perbalahan di kuil Sri Maha Mariamman dengan menyatakan bahawa seramai 200 pengganas Islam membuat serangan ke atas kuil serta penganut Hindu yang cuba mempertahankan kuil itu.

Memorandum itu mendakwa kerajaan Malaysia bersikap berat sebelah terhadap penganut Hindu di Malaysia selain menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil sebarang tindakan berhubung insiden terbabit.

Hindu Makkal Katchi adalah sebuah parti politik kecil berhaluan kanan dan ekstremis di daerah Tamil Nadu, India.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika di Parlimen menyatakan dengan jelas bahawa insiden perbalahan itu adalah kes jenayah dan tidak mempunyai kaitan dengan sentimen perkauman.

Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menahan 30 individu yang terbabit dengan insiden perbalahan itu. – BH


MR :  Yang Malaysia pun sama tapi masih belum keluar kepala


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Dia berani berkata demikian sebab ada orang akan pertahankan beliau sama macam Moorty .Selagi belum ada tindakan tegas dari kerajaan keatas menteri menteri racist selagi itu makin berani dan ramai lagi akan bersuara.

    BalasPadam
  2. Dlm berita yg disiarkan diIndia, mereka memetik kata2 sami hindu dikuil tu.. Patutnya dia perlu bertanggungjawab

    BalasPadam
  3. Sejak KERAjaan pakatan memerintah negara kita, puak rasis hindu dari dalam dan luar negara semakin berani menghina, memburuk-burukkan dan menfitnah agama Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu di negara kita.

    Tahniah dan syabas kepada sebilangan orang Mlayu mangkuk ayun yang telah mengundi pakatan.

    BalasPadam
  4. Dulu dok tutuh Muse Amani (mantan mentili luat) "u tak tau bikin kilija maa".

    Sikalang bila dah amek alih jawatan Muse, balu tahu susahnya nak hendel pandangan di luar negala.

    Wa tatak helan, kalu pandangan kawan2 mentili sendili pun itu mentili luat talak boleh ngontrol, inikan pula pandangan di luat negeli

    Ngoyang tulut

    BalasPadam