Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa menteri masih cari helah pertahan ICERD


Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mempersoalkan sikap segelintir pihak yang masih berkeras mempertahankan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), walaupun kerajaan sudah memutuskan tidak akan meratifikasinya.

Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, meratifikasi ICERD hanya akan memusnahkan jati diri negara kerana ia menodai kerangka Perlembagaan Persekutuan yang sudah diterima rakyat sekian lama.

Malah beliau berkata, konvensyen antarabangsa berkenaan meminggirkan norma lazim negara yang sudah sebati di dalam jiwa rakyat Malaysia.

“Jemaah Menteri dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah bersetuju menolak ICERD kerana bercanggah Perlembagaan Persekutuan.

“Tetapi kenapa masih ada menteri yang berdolak dalik mencari helah masih mahu mempertahankan ratifikasi ICERD? Kenapa media khususnya portal masih tidak mahu akur dengan keputusan kerajaan tersebut?

“Kenapa NGO liberal masih berfalasi menyatakan Perlembagaan Persekutuan masih tidak akan tergugat dengan penandatangan ICERD?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zainul Rijal berkata, walaupun Perlembagaan Persekutuan masih kekal jika ICERD ditandatangan, Malaysia masih tetap terikat dengan peruntukan yang termaktub dalam konvensyen antarabangsa itu.

Pada masa sama, beliau turut menolak dakwaan bahawa ratifikasi ICERD tidak akan menjejaskan tindakan afirmatif kepada orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak, kerana kebenaran di dalam Artikel 1(4) ICERD.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak benar, beliau berkata, ICERD mensyaratkan tindakan afimatif tersebut mestilah tidak mengadakan hak berasingan kepada dua kumpulan berbeza dan akan dimansuhkan bila tujuan keistimewaan dicapai.

“Perlembagaan Persekutuan memberikan hak berbeza antara orang Islam dan bukan Islam, antara orang Melayu serta Bumiputera dan bukan Bumiputera.

“Sebagai contoh undang-undang keluarga Islam yang berlainan bagi orang Islam dan bukan Islam, larangan pemilikan tanah tertentu kepada golongan tertentu seperti bukan anak Sabah tidak boleh memiliki tanah tertentu di Sabah.

“Hal ini juga berlaku di beberapa negeri lain seperti Kelantan, Sarawak. Malah tanah adat di Negeri Sembilan hanya boleh dimiliki oleh wanita tempatan anak negeri sahaja,” katanya.

Jelas beliau, kesemua hak berkenaan tidak dinyatakan tempoh, dan ia dilaksana selagi tiada pindaan kepada undang-undang.

“Oleh itu syarat di dalam Artikel 1(4) ICERD tersebut tidak boleh dinikmati oleh Malaysia. Kesemuanya perlu dipinda jika ICERD diratifikasi,” katanya.

Beliau berkata, tanpa ICERD, rakyat berbilang agama masih bebas menganut dan mengamalkan agama mereka, malah orang bukan Melayu tetap diberi hak membina kekayaan dan mengumpul harta.

“Tanpa ICERD pun tiada diskriminasi kaum di Malaysia. Tanpa ICERD pun orang bukan Melayu bersama-sama orang Melayu boleh berkongsi kuasa memerintah negara,” katanya.

# LINK






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Kalau Moneyfestun boleh di U-turn, bantuan rakyat jadi bas hop on hop off, azam akan merengkukkan Pi Em 4 sebelum dapat jawatan namun selepas dapat jawatan azam itu hilang begitu saja iaitu sumenya amat menepati ciri-ciri munafikani-munafikandis yakni tak layak di percayai waima dari lubang cacing dan sampai bila-bila.

    BalasPadam
  2. Orang bodo saja percaya pada KERAjaan pakatan yang telah memungkiri pelbagaijanji dalam manifesto pakatan sendiri tanpa merasa malu dan segan pada rakyat.

    Puak liberal dan kafir harbi yang suka menipu rakyat dengan pelbagai janji palsu adalah kepala bapak munafiqun.

    BalasPadam
  3. banyak janji tinggal janji

    satu kadar kebolehpercayaan yang rendah

    ke depan,

    percaya boleh tapi sendiri tanggung

    BalasPadam
  4. Sebelum PRU royalti Bumi Kenyalang akan di up 20%

    Kini,

    Ekonomi Bumi Kenyalang baek, bajet negeri termahal

    -->> Tak perlulah cepat-cepatkan 20% itu

    Nampak bagaimana bila bercakap

    Gigi munafeedus lebih lembut dari lidahnya!!!

    Terimbau-imbau lirik lagu "sayang Serawak..."

    BalasPadam