Header Ads

ads header

Flash News

Kenaikan gaji punca kos sara hidup naik, kenyataan Mahathir makin celaru


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak kenaikan gaji dengan berkata bahawa itu antara faktor kenaikan kos sara hidup.

“Anda naikkan gaji, sektor swasta akan ikut sekali, dan kos semua benda akan naik. Bukan begitu caranya mengurus orga­nisasi,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan portal berita Free Malaysia Today (FMT).

Atas alasan itu, Dr. Mahathir yang meletak jawatan pada 2003 selepas 22 tahun memerintah, tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak menaikkan gaji kakitangan awam kerana langkah itu meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan.

Dr. Mahathir berkata, Abdullah yang mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 2003, dan Najib, memburukkan lagi beban itu dengan menaikkan gaji penjawat awam dalam usaha untuk membeli kesetiaan mereka.

“Apa yang mereka buat adalah beli kesetiaan penjawat awam dengan menaikkan gaji mereka, kadang-kadang sebanyak 25 peratus.

“Dari mana da­tang­nya wang untuk itu? Anda dapat wang itu dengan mengecilkan belanja pembangunan.

“Anda berkata perkhidmatan awam tidak menjadi lebih cekap walaupun saiznya bertambah 60 peratus.

“Jadi produktiviti tetap sama, bukannya lebih baik,” katanya seperti yang dipetik daripada FMT.

Beberapa hari sebelum pilihan raya umum 9 Mei tahun ini, Barisan Nasional menjanjikan perkhidmatan awam kenaikan gaji pada Julai yang akan menelan belanja sebanyak RM1.46 bilion.

Dr. Mahathir ber­kata, beban itu kini diwariskan kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Katanya, penambahan kakitangan awam turut memberikan bebanan kewangan kepada kerajaan.

“Mereka menambah bilangan pekerja, daripada satu juta ketika saya berundur kepada 1.6 juta orang.

“Tambahan sebanyak 600,000 gaji untuk dibayar, dan mereka naikkan gaji kadang-kadang dua kali setahun. Mula-mula 10 peratus dan kemudian 10 peratus lagi,” katanya.

Kata Dr. Mahathir, saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar menjadi kebimbangan sejak sekian lama kerana per­belanjaan mengurus memakan sebahagian besar daripada belanjawan negara setiap tahun.

MR :  Bukan celaru maybe nyanyuk...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

7 ulasan:

  1. Jawatan menteri menteri kerajaan Singapura gaji semuanya lumayan bersaing dengan pihak swasta kerana nak mengelak dari rasuah .Gaji turunkan harga barang tak akan turun.Itulah hakikatnya yang menjadi mangsa rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. menter menteri singapura semua nya kelulusan tinggi tak macam menteri menteri PH kebanyakkannya tangkap muat tengok comment menteri menteri PH amt memalukan tidak ada standard .

      Padam
  2. gaji naik kos sara hidup naik

    bermakna

    gaji disifarkan

    kos sara hidup sifar

    no wonder ours

    going to the dog 2.0

    BalasPadam
  3. komentar abu nawas hahaha...puiiii

    BalasPadam
  4. komentar abu nawas hahaha...puiiii

    BalasPadam
  5. Atuk mendakwa masalah hari ini diwarisi oleh KERAjaan PH dari KERAjaan BN tetapi Atuk juga lupa bahawa Atuk juga adalah sebahagian dari KERAjaan BN dahulu maka Atuk adalah sebahagian dari masalah hari ini.

    Bukankah semasa Atuk berkuasa dahulu, telah berlaku pelbagai skandal dan bailout yang amat merugikan rakyat dan negara? Atuk lupa?

    Jika Atuk ludah ke langit, kahak Atuk akan jatuh ke muka siapa?

    BalasPadam
  6. Kos hidup rakyat semakin meningkat tetapi poliTikus pakatan masih mencipta alasan karut-marut untuk menyalahkan BN kerana poliTikus pakatan tidak memperdulikan kebajikan rakyat walaupun pakatan telah berjanji mahu mengurangkan beban rakyat dalam manipestomato pakatan sendiri.

    Sehingga hari ini poliTikus pakatan membiarkan rakyat hidup menderita tanpa sebarang program yang boleh membantu meringankan beban rakyat terutamanya petani getah dan kelapa sawit.

    Rakyat masih lagi beratur membayar tol, ptptn dll. Minyak masih mahal dan harga barang keperluan masih mahal atau sedang meningkat.

    Tahniah dan syabas kepada orang-orang bodo yang telah mengundi poliTikus pakatan.

    BalasPadam