Header Ads

ads header

Flash News

Keluar PH : Lim Kit Siang Gertak Sahaja


Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang memberikan amaran bahawa DAP tidak teragak-agak untuk keluar daripada kerajaan PH jika objektif Malaysia Baru tidak tercapai. Pada saya, ia hanyalah gertak sahaja yang mustahil sama sekali dilakukan oleh DAP.

Jika disebut soal prinsip, DAP sudahpun menggadaikan prinsip dalam isu lompat parti. Bukankah 40 tahun lepas, Penasihat DAP itu sendiri pernah mendesak penggubalan undang-undang antilompat parti dengan usul yang dikemukakan di Dewan Rakyat pada tahun 1976? Bukankah Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang juga anak kepada mendiang Karpal Singh pernah menggesa kerajaan Malaysia baharu membuat pendirian jelas menolak perbuatan lompat parti oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dua hari selepas pilihanraya umum ke-14?

Bukankah Pengerusi DAP, Tan Kok Wai pada 28 Oktober lepas mengeluarkan kenyataan bahawa DAP tidak bersetuju dengan tindakan parti tindakan mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH), menerima Ahli Parlimen UMNO yang mahu melompat parti yang ditujukan pastinya kepada parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri sendiri?

Bukankah Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) melalui ketua mereka, Wong Kah Woh  pada 28 Oktober lalu juga mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak bersetuju dengan dengan sebarang tindakan keluar parti selepas pilihan raya kerana menyifatkan ia bertentangan dengan prinsip mereka?

Namun, secara tiba-tiba, Lim Kit Siang sendiri pada 15 Disember lepas menyatakan bahawa ahli-ahli parlimen UMNO boleh menyertai Pakatan Harapan dengan syarat 'terlebih dahulu bertaubat'. Tiba-tiba pintu dibuka dengan syarat 'taubat' dan penerima taubatnya tentunya ialah Lim Kit Siang sendiri..!

Kesimpulannya, jika dalam isu lompat parti yang mereka perjuangkan berpukuh-puluh tahun lamanya pun boleh u-turn terus bila melihat kebanjiran penyertaan ke parti BERSATU. Apalah sangatnya dengan prinsip Malaysia Baru?

Kesimpulannya, Lim Kit Siang hanya cakap besar...!

Ahmad Fadhli Shaari,

Ahli Parlimen Pasir Mas.

Nak tahu apa kata Khadam DAP??


MR :  Orang kata uji 'market'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. kalau DAP keluar PH PAN pun kena la keluar PH. Ada berani ke?

    BalasPadam