Header Ads

ads header

Flash News

Kalau Maszlee Tahu ‘Nilainya’ Di Mata Rakyat, Pasti Dia Dengar Lagu Linkin Park Lagi, Sindir Najib


SHAH ALAM – Kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang memberi nilai skor 9.95 daripada 10 kepada dirinya sendiri, mengundang sindiran sinis mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Maszlee nilai dirinya 9.95 daripada 10. Saudara-saudari beri dia berapa skor?,” sindir Najib.

Baru-baru ini Maszlee dalam satu temubual bersama Malaysiakini berkata, beliau tidak akan menilai dirinya sebagai seorang menteri dalam tempoh enam bulan ini, tetapi menilai dirinya sebagai seorang yang sedang belajar.

“Saya akan memberikan diri saya 9.95 daripada 10,” kata Maszlee kepada portal itu.

Bagaimanapun, Najib dalam nada sarkastik berkata, menteri itu pasti tidak akan lena tidur dan akan mendengar lagu dari band terkemuka Amerika, Linkin Park lagi jika beliau mengetahui nilainya di mata rakyat.

“Kalau dia tahu nilainya di mata rakyat, tak lena dia dan malam ini dia main lagu Linkin Park lagi,” kata Najib di Facebook, menyindir menteri itu yang baru-baru ini memuat naik lirik lagu ‘Numb’ nyanyian Linkin Park sebagai kapsyen di Instagram.

Netizen beranggapan menteri itu cuba menggambarkan dirinya yang sedang ‘tidak bersemangat’ (down) menerusi bait-bait lirik lagu itu, lantaran sering menerima pelbagai kecaman akhir-akhir ini.

Maszlee sebelum ini dikecam kerana kenyataannya berhubung pemakaian kasut dan stoking hitam di sekolah, yang digambarkan sebagai idea remeh dalam pembaharuan sistem pendidikan negara.

Beliau kemudian terus dikritik apabila menyesyorkan penggunaan kolam renang hotel untuk mengajar murid berenang.

Terbaru, kenyataannya yang memberi jaminan akan memasukkan isu 1MDN dalam sejarah Malaysia mengundang kritikan hebat pelbagai pihak. Namun Maszlee menyalahkan media dan mendakwa media ‘salah petik’ kenyataan beliau.

“Maszlee juga kata dia seorang yang sedang belajar.

“Kasut, stokin dan renang. Apa sebenarnya yang dia belajar dan siapa gurunya?

“Tidak mengapalah, dibayar gaji berpuluh-puluh ribu sebulan untuk belajar, siapa tak nak dan apa salahnya? Selesa.

“Sampai hari ini kita tidak tahu apa sumbangan positif dia kepada sistem pendidikan, ibu bapa, pelajar, mahasiswa.

“Tapi memang baiklah kalau sudi belajar, Maszlee. Insya-Allah ada masa kita akan beri pendapat dan cadangan,” sindir Najib lagi. -SuaraTv


MR :  Najib makin hari makin mantap.. tapi masih nampak "lembik"


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Mana boleh kena nilaikan diri sendiri sudah tentu jawapan-nya angkat bakul sendiri. Makin hari makin nampak dia punya bangang.

    BalasPadam
  2. Yang hendak diberikan undi bukanlah pelajar tetapi yang telah lulus dan layak menjawat jawatan. Mungkin 'tiada rotan akar berguna' namun bidalan itu terpakai buat urusan peribadi dan bukan urusan penting keawaman.

    BalasPadam
  3. 9.95 daripada 10 ??? Bagaimana boleh seorang manusia yang sangat lemah memberikan 9.95 daripada 10 kepada dirinya sendiri? Bukankah ini sifat riak dan ujud yang bertentangan dengan ajaran Islam?

    Nampaknya kaduk naik junjung suka masuk bakul angkat sendiri !!!

    BalasPadam