Header Ads

ads header

Flash News

Kabinet PH Sahkan BNM, Lim Guan Eng menyelia dan menjual aset Tabung Haji


KUALA LUMPUR: Kabinet Pakatan Harapan mengesahkan  bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal menyelia Lembaga Tabung Haji (TH) atas arahan Lim Guan Eng Menteri Kewangan Malaysia kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Beliau berkata, ia akan melibatkan pindaan akta bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan berikutan kemelut yang dihadapi agensi itu.

"Saya kira ini adalah keputusan Kabinet dan ia (TH) akan kekal (di bawah seliaan BNM) dan akan dipinda akta untuk meletakkan mereka sebagai penyelia," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Negara.

Beliau menjawab celahan dikemukakan Senator Asmak Husin yang ingin tahu sama ada BNM mempunyai tempoh tertentu dalam mengawal selia TH selepas pendedahan mengenai kedudukan kewangan agensi tersebut baru-baru ini.

Tambah Fuziah, penyeliaan BNM akan mewujudkan semak imbang kepada TH terutama dalam pengurusan risiko selain campur tangan dalam sebarang salah laku tadbir urus agensi itu.

Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan bahawa TH akan dikawal selia oleh BNM bermula Januari tahun depan, sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Dis 2017.

Sehingga 31 Dis 2017, jumlah aset keseluruhan TH ialah sebanyak RM70.3 bilion manakala jumlah liabiliti RM74.4 bilion.

Strategi Lim Guan Eng, BNM dan Kerajaan PH selepas mengambil alih Tabung Haji ialah menjual aset-aset TH. Ia menjadi lebih laju apabila Lim Guan Eng melantik Price Waterhouse Cooper sebuah syarikat audit milik Yahudi bercawangan di Malaysia membuat audit menjahanamkan Tabung Haji.

11 Disember lalu Kerajaan PH mengumumkan memindahkan aset TH berjumlah RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas (SPV) bawah Kementerian Kewangan. Syarikat ini pastinya mendapat sentuhan dari Lim Guan Eng. Inilah cara Lim Guan Eng DAP memfaraidkan harta aset TH dan orang Islam di negara ini.


Wakil cawangan PWC di Malaysia yang diarah Lim Guan Eng untuk membuat audit TH.



Sebelum ini Media melaporkan kerugian saham-saham TH selepas 7 bulan PH memerintah. Penjualan aset bumiputera adalah sebahagian strategi Lim Guan Eng

Sumber : http://sabahkini2.com

MR :  Kenapa umat Islam masih diam?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Apa nak dihairankan urusan kewangan negara dia sudah pegang inikan TH. Laagi satu peguam negara siapa? Ini semua nak salah kan siapa? Jawapan Rakyat terima sajalah. Case aruah Adip pon belum terbela. Makin hari makin celaru sangat sedeh orang Melayu Islam saolah olah di anak tirikan di bumi sendiri . Makin terok dari Mynmar dan Ughur yang memang sudah tentu minority.

    BalasPadam
  2. Selagi umat Islam melayu tk bersatu,mcmtulah gayanya .dlm ph melayu Islam ada pn mcm tk ada.tk tau nk harapkan sapa lg...bru berapa bln je nie blum 5 thn dah mcm2...

    BalasPadam
  3. Asallah duit Islam ni orang bukan Islam yg pegang?. Haduih yg dok belajar tinggi-tinggi, kerja kat tabung haji, yg Islam jadi perdana memment takkan agama zero semuanya. Haduihlah haih bangang sungguh. Selamba bagi malaun tu Amek.. so, bolehlah kite Amek duit simpanan orang bukan Islam pulak ye IDAK.
    Duit dekat tabung haji tu untuk orang pergi haji, untuk bantu orang Islam yang memerlukan..dari kutipan orang Islam sendiri yang bukan Islam ni asal memandai Amek.

    BalasPadam