Header Ads

ads header

Flash News

Jumlah tahanan kes rusuhan di kuil meningkat kepada 99 individu


Polis menahan 16 individu lagi untuk membantu siasatan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya minggu lepas, menjadikan jumlah yang ditahan meningkat kepada 99 orang setakat 9 pagi tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pernahanan terbaharu itu dilakukan di sekitar Lembah Kelang.

"Kita kini sedang siasat sama ada mereka yang baru ditahan ini merupakan sebahagian daripada 28 individu yang dicari sebelum ini," katanya pada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur, hari ini.

Insiden rusuhan pada 26 Nov itu berkaitan dengan unsur jenayah, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara, selain kemusnahan 23 kenderaan yang dibakar perusuh, kerosakan sebuah bangunan serta gangguan kepada ketenteraman awam.

Dalam pada itu tinjauan Bernama di sekitar kuil tersebut hari ini mendapati pihak polis daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) masih lagi berkawal di situ. - Bernama






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan