Jadi pembangkang fokus sahaja kepada kerja melemahkan kerajaan kata pengerak UMNO
1. Saya bukan orang Presiden. Tapi apabila Ahmad Zahid menang beliau perlu diberi ruang mencorakkan hala tuju UMNO dalam tempoh tiga tahun ini.
2. Sudah tentu kita berhak mengkritik kepimpinan beliau kerana ini parti demokrasi. Saya juga sering melakukan perkara yang sama. Namun kritikan dan teguran harus ada batas dan adab. Janganlah meroyan macam seorang calon Presiden yang kalah.
3. Andaian bahawa wakil rakyat UMNO tidak akan keluar parti jika Presiden UMNO hebat adalah penyedap rasa sahaja. Hakikatnya wakil-wakil rakyat UMNO akan tetap keluar parti walau siapa pun Presiden.
4. Ini kerana yang keluar parti bukan faktor dalaman tetapi kerana faktor luaran yang tidak mungkin dapat dihalang oleh sesiapa Presiden UMNO pun.
5. Kenapa ahli perlu gundah gulana apabila ada wakil rakyat keluar UMNO. Adakah kita tidak dapat makan bila mereka keluar parti? Apakah hidup kita terjejas kerana parti kekurangan wakil rakyat?
6. Hakikatnya, apabila tidak berkuasa, sama ada parti ada 50 ahli parlimen atau 10 orang sahaja tidak banyak berbeza.
7. Parti-parti yang membentuk kerajaan hari ini tidak mempunyai kerusi sebanyak UMNO hari ini namun mereka berjaya menjadi kerajaan.
8. Parti-parti yang membentuk kerajaan hari ini juga kehilangan ramai pemimpin sebelum pilihan raya namun mereka menang kerana isu dan ahli yang kekal dengan perjuangan parti.
9. Kita kecewa dengan sikap wakil rakyat dan pemimpin UMNO yang keluar parti dan akan menyertai Bersatu. Namun mereka juga perlu membuat pilihan atas keutamaan diri.
10. Percayalah sesiapa pun menjadi Presiden UMNO, ahli parlimen ini tetap akan keluar parti kerana ada desakan lain di luar kawalan parti.
11. Jadi pembangkang fokus sahaja kepada kerja melemahkan kerajaan. Jika mahu melemahkan pembangkang baik sertai kerajaan.
Ab Jalil Backer
MR : Betul, pasal itu PAS bersama UMNO kerana UMNO pembangkang yang ini puak AMANAH tak faham
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Sangat setuju. Kj tak perlu malu dan segan lompat je la keluar umno kalau ada yang sudi terima atau jadi wakil bebas sahaja. Tak perlu bersuara untuk melemahkan Umno. Ramai lagi yang masih sygkn umno walau tak menjadi ahli pun.
BalasPadam