Header Ads

ads header

Flash News

Isu PTPTN: RM40 bukan jumlah kecil untuk graduan - Wan Agyl


KUALA LUMPUR: "Nilai RM40 itu mungkin sedikit. Tapi jangan samakan mereka (graduan) dengan kita."

Itu hujah Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Agyl Wan Hassan yang menegaskan bahawa potongan RM40 daripada gaji peminjam yang bergaji RM2,000 mungkin merupakan perkara remeh buat golongan yang bekerja, namun berbeza buat graduan.

"Dengan gaji RM2,000, RM40 itu akan dipotong. Nilai RM40 yang dipotong itu, jika saya tambahkan RM60, saya boleh beli kad bantuan pengangkutan awam.
"Benda macam ini nampak seperti kecil, tetapi RM40 mungkin nilainya berbeza dengan graduan-graduan yang sedang atau baru mula bekerja," katanya semasa menjadi tetamu rancangan Debat AWANI yang bertajuk "PTPTN: Apa susah sangat nak bayar hutang?" hari ini.

Wan Agyl turut mengatakan potongan ini belum mengambil kira peningkatan potongan secara berkata yang sehingga 15 peratus, mengikut kenaikan gaji peminjam tersebut.

"Bayangkan jika gaji saya RM5,000, pemotongan 15 peratus yang dikenakan akan memotong gaji saya sebanyak RM750. Itu belum dikira potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan potongan cukai pendapatan.

"Berapa banyak potongan yang dikenakan ke atas graduan-graduan kita hari ini? RM40 itu nampak sedikit tetapi sebenarnya bawa kesan yang besar kepada sosioekonomi graduan," tambahnya.

MR :  Mereka bukan nak lihat dari sudut masalah rakyat, mereka melihat sudut masalah mereka


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. PTPTN RM 40 x 12 = RM 480/tahun (-)

    Brim 1.0 RM 1200/tahun (+)

    RM 100/bulan - cukup untuk tolak PTPTN (>>)

    reality check for dreamer:

    tekanan menaik

    subsidi gone

    Brim 1.0 berkubur

    PTPTN potong tanpa kompromi

    BalasPadam