Header Ads

ads header

Flash News

Integriti Tabung Haji


SAYA mengikuti pendedahan terbaru ke atas pihak Tabung Haji, melibatkan aspek pengurusan kewangan, pelaburan dan tadbir urus yang dipertikaikan.

PAS memandang serius terhadap tuduhan yang berlaku di dalam institusi kewangan terbesar umat Islam di Malaysia ini, namun PAS berpandangan adalah tidak wajar sekiranya pertuduhan ini dibicarakan melalui media oleh seorang Menteri yang masih mentah, sehingga boleh menimbulkan persepsi dan percanggahan maklumat yang mengelirukan.

PAS menyarankan agar satu penilaian menyeluruh dikendalikan di bawah seliaan Majlis Raja-Raja (RCI) ataupun Parlimen, bagi meneliti dan mempertimbangkan setiap syor yang dikemukakan oleh juruaudit bebas yang telah dilantik, sebelum dilaksanakan oleh pihak Kerajaan yang masih baharu dan kerap membatalkan keputusan yang dibuat mereka sendiri.

PAS juga menasihatkan agar Kerajaan tidak mempolitikkan isu ini sehingga merosakkan imej Tabung Haji, dan tidak bersikap berat sebelah dalam menjalankan siasatan terhadap kes rasuah dan penyelewengan melibatkan pemimpin Pakatan Harapan yang masih belum disiasat dan didakwa sehingga hari ini.

PAS meletakkan keyakinan terhadap integriti dan profesionalisme di pihak Lembaga Pengarah, pengurusan tertinggi, pegawai dan kakitangan Tabung Haji dalam melaksanakan tugas bagi melindungi kepentingan para pendeposit Tabung Haji. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
Bertarikh: 3 Rabiul Akhir 1440 / 12 Disember 2018


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Perangai PH ialah tembak dulu..soal apa sasaran waima bila daun bergoyang kerana angin pun tembak juga...Sebelum PRU 14 dulu..pernah saya komen PH draf manifesto di kedai mamak...akibatnya rakyat kena kencing satu demi satu..itu belum masuk bab kejatuhan harga komoditi,nilai ringgit,harga minyak,tol,harga barangan dan macam macam lagi. Isu isu yang PH permainkan bukanlah langkah penyelesaian tapi lebih kepada cari salah atau masaalah yang boleh menutup kegagalan kerajaan PH. Belum jumpa sejarah mana mana kes peralihan kuasa yang kerajaan baru lebih sibuk canang masaalah kerajaan sebelumnya... melainkan mencari penyelesaian serta penambahbaikan...perangai pembangkang PH masih menebal sehingga lupa sudah berjaya membentuk kerajaan...Bila dapat putrajaya..PH bertukar wajah jadi Putarjaya

    BalasPadam
  2. Tepat kenyataan MP Marang, kerajaan PH sentiasa onar buat keputusan.Sepatutnya terus bertindak,bukan menghukum dalam media dgn tujuan alihkn perhatian kegagalan tunaikan janji pilihanraya

    BalasPadam