Header Ads

ads header

Flash News

Harga barang popular tak naik harga - Boleh Caya ke?


PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melakukan perbincangan dengan pengusaha pasar raya agar tidak menaikkan harga barangan popular pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbincangan telah diadakan dan ini adalah antara usaha kerajaan untuk terus memastikan kos sara hidup rakyat terjamin.

"Dalam menyentuh tentang isu kos sara hidup, perbelanjaan makanan adalah yang paling tinggi ia mencecah hampir 30 peratus berbanding dengan perumahan dan utiliti sekitar 21 peratus.

"Maka tiga segmen ini menyumbang hampir 70 peratus kepada kenaikan kos sara hidup dan baki 30 peratus adalah kesihatan dan pendidikan.

"Oleh kerana segmen makanan menyumbang terbesar maka kalau nanti perlaksanaan subsidi bersasar yang bakal dinikmati B40 maka perbelanjaan isi rumah di luar lingkungan B40 dijangka akan meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program Bicara Makan Tengah Hari - ‘Media dan Kepenggunaan: Perspektif Negara’ di Dewan Serbaguna KPDNHEP hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya.

Saifuddin berkata, item makanan yang paling popular banyak dibelanjakan oleh rakyat seperti makanan segera roti, minyak masak, susu, beras dan tepung.

"Jadi item ini kalau berlaku lonjakan inflasi, pengusaha pasar raya sebenarnya boleh memberi kerjasama dengan tidak menaikkan harga item popular ini.

"Dalam sebuah pasar raya, mereka mempunyai 35,000 hingga 45,000 'stock keeping unit' bagi setiap barangan.

"Jadi kalau pengusaha pasar raya memberi kerjasama dengan tidak menaikkan 40 hingga 50 item popular ini, dia masih ada lagi 34,950 item yang boleh diniagakan," katanya.

Saifuddin memberitahu, dalam masa yang sama KPDNHEP tetap dengan pendirian mengimbangi kepentingan semua pihak dengan tidak melonggarkan polisi semasa yang menetapkan bahawa pasar raya hanya boleh beroperasi di kawasan bandar demi menjaga kepentingan peruncit kecil di kampung.

MR :  Kena kencing lagi rasanya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Ringgitt Kashuurga terus menjunam. Kalu Shopping kat Siam jangan harap nak dapat diskaun macam biasa.

    BalasPadam
  2. Sejak KERAjaan pakatan liberal-kafir harbi berkuasa, ekonomi, nilai ringgit, pelaburan asing dll merundum dan harga barang-barang keperluan asas rakyat masih mahal atau meningkat.

    Dan kita masih belum melihat sebarang langkah KERAjaan pakatan yang berkesan untuk meringankan beban rakyat selain dari ucapan-ucapan retorik pemimpin-pemimpin pakatan sahaja walaupun pun pakatan berjanji dalam PRU14 untuk mengurangkan beban rakyat dll.

    Petani-petani getah dan kelapa sawit sedang hidup menderita sekarang kerana kejatuhan harga getah dan kelapa sawit dan mereka tidak boleh kenyang dengan hanya menelan semua ucapan retorik pemimpin KERAjaan pakatan.

    Rakyat sedang menganggur sekarang. Mana janji berjuta perkerjaan untuk rakyat jika pakatan menang PRU14? Pakatan kencing lagi !

    Mana pelbagai janji pakatan tersebut? Akhirnya semua janji tersebut ke laut dan rakyat menjadi mangsa penipuan pakatan !

    Tepukkkk .....

    BalasPadam
  3. Barang popular tak naik macam mana perniaga nak untung. Kerajaan kena telan harga barang popular untuk rakyat. Jadi win win situation.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KERAjaan pakatan kaki kencing. Peniaga pula lintah darat. Rakyat jadi mangsa.

      Padam