Header Ads

ads header

Flash News

Hang Jebat tidak dibunuh oleh Hang Tuah -- Petikan Mastika 2010


Suatu hari semasa Dr. Izham Nayan, 43 sedang berbual-bual dengan seorang lelaki warak yang dipanggilnya Pak Syeikh, terpacul dari mulut orang tua itu mengenai soal perpaduan orang Melayu silam.

“Hisss!! Sapa kata Hang Jebat mati dibunuh Hang Tuah? Mengarut..!! Pak Syeikh melenting ketika melontarkan kata-katanya.

“Ini tidak benar!” sambung Pak Syeikh lagi.

Dr. Izham terus mendengar kata-kata Pak Syeikh itu dengan penuh minat. Berdasarkan pengalaman Pak Syeikh itu, manakan bisa dua saudara pahlawan sateria melayu seagama yang telah mengaku bersaudara, berbunuh-bunuhan sesama sendiri?

Berdasarkan cerita Pak Syeikh, dua pahlawan Melayu bersaudara sedari kecil telah berjaya melawan lanun-lanun Siam yang mengganas di utara negeri Kedah.

Keberanian tujuh bersaudara itu menyebabkan mereka terpilih menjadi anak angkat Sultan Kedah seterusnya diutus membantu Sultan Melaka menghalau lanun-lanun yang bermaharajalela di perairan Melaka. Hang Tuah akhirnya dilantik menjadi Laksamana Melaka. Rakan-rakannya menjadi hulubalang istana.

“Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, hangpa semua pi tolong raja Melaka. Depa tu ada masaalah penyamun!

“Hang (loghat Kedah) ertinya kamu. Sekarang nama Lekir, Lekiu merupakan nama tempat di Kedah,” terang Pak Syeikh itu kepada Dr. Izham.

Pak Syeikh berhujah lagi, seandainya dua manusia kepala penyamun yang saling bermusuhan sekalipun, jika dikurung dalam sebuah rumah selama tujuh hari tujuh malam pasti mereka akan berbaik-baik semula.

“Inikan pula saudara sesumpah! Sebangsa dan seagama. Manakan boleh diterima akal, mereka bertarung tiga hari tiga malam tanpa henti, kemudian berbunuhan?” soal Pak Syeikh lagi.
Pak Syeikh mengulangi lagi bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat tidak berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

“Tak. Mereka berdua mencari akal macam mana nak selesaikan soal perpaduan bangsa Melayu. Setiap penyakit ada ubatnya!” beritahu Pak Syeikh.

Persoalan yang dilontarkan Pak Syeikh itu ada kebenarannya. Dr. Izham yang juga Pengarah Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) melihat hujah yang dibawa Pak Syeikh itu dari sudut positif.

Beliau membelek semula pelbagai versi naskah Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Moden Melayu. Berdasarkan kajian, terdapat sebanyak 11 versi kesemuanya ada menceritakan pertikaman antara Hang Jebat dan Hang Tuah. Mungkin apa yang diceritakan Pak Syeikh ini versi ke-12 yang terlepas pandang oleh pengkritik dan pengkaji sejarah Melayu.

Atau mungkin juga apa yang diceritakan Pak Syeikh ini suatu lagenda!. Atau mungkin suatu analogi baru yang sengaja dicipta untuk menolak versi bangsa Melayu sangup berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Versi baru ini lebih positif untuk perpaduan Melayu.

Dr. Izham terfikir ada baiknya Hang Jebat tidak mati di tangan Hang Tuah. Benar seperti kata Pak Syeikh itu bahawa selagi bernama Melayu, mana mungkin mereka sanggup berbunuh-bunuhan sesama sendiri! Inikan pula bertikam selama tiga hari tiga malam tanpa henti!

Dr. Izham melihat adengan ketika pertelingkahan berlaku antara Hang Jebat dan Hang Tuah suatu taktik paling hebat dalam sejarah kepahlawanan Melayu. Di sinilah letaknya seni persilatan orang Melayu.

Ketika itu para tali barut dan kroni Sultan Melaka dan Pateh Gajah Mada asyik mengendap untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Keadaan meyebabkan Hang Tuah dan Hang Jebat berhenti sebentar untuk mencari akal. Pada perkiraan Dr. Izham perlawanan tesebut tidak lebih hanyalah sebagai ‘berlatih’ saja. Maklumlah sudah lama Hang Jebat dan Hang Tuah tidak bertemu dan mempraktis ilmu persilatan masing-masing.

Pada hemat Dr. Izham, mana mungkin Hang Jebat sanggup melepaskan Taming sari yang keramat itu hingga terpacak ke lelangit bumbung istana? Melainkan ia dibuat secara sengaja! Ya! Taktik ini dipercayai disengajakan.

Akhirnya Hang Jebat mencederakan sendiri jari kelengkengnya dengan keris sultan yang dibawa Hang Tuah didalam gulungan langsir. Perbuatan Hang Jebat itu pula dilakukan secara beselindung bagi membolehkan tidak ada mata kroni Sultan Melaka mahupun Pateh Gajah Mada mengetahuinya.

Hang Tuah pula berpura-pura menyerang dengan keris Taming Sari yang telah bertukar tangan. Disinilah terletaknya kehebatan taktik Hang Tuah dan Hang Jebat.

Keris Taming Sari terkenal amat berbisa dan tidak wajar Hang Jebat menggunakan keris tersebut untuk melukai jarinya, melainkan ia mesti bertukar tangan dengan hang Tuah. “Kalau tak tukar, bila Hang jebat hiris jari kelengkeng boleh bawa maut!” hujah Dr. Izham.

Hang Jebat pula berpura-pura memekap perutnya dengan tangan kiri yang berlumuran darah, mengikat dan merenjiskan darah tersebut pada kain langsir istana. Para pengampu dan pembodek sultan bersorak mengatakan Hang Jebat sudah ditikam Hang Tuah! Walhasil…itu hanya sandiwara belaka.

“Orang bukan lihat luka, orang lihat darah…” kata Dr. Izham lagi.
Pada hemat Dr. Izham, keadaan itu membolahkan Hang Jebat mengamuk dengan selesa selama tujuh hari tujuh malam membunuh hanya para kroni, pengampu sultan dan pengadu domba kepada Hang Tuah.

Jika Hang Jebat ditikam dengan Taming Sari, mana mungkin pahlawan itu masih boleh mengamuk selama itu? Tentu tidak logik sebab keris Taming Sari amat berbisa.

Sekali lagi Dr. Izham berhujah, melainkan bukan keris Taming Sari yang digunakan sebaliknya keris milik Sultan Melaka dan luka kecil hanya pada jari kelengkeng sahaja bagi meyimbah darah ke perut Hang Jebat.

Setelah habis mengamuk Hang Jebat kononya dikatakan mati dirumah Hang Tuah. Sekali lagi kejadian ini tidak lojik. Namun tidak seorang pun dibenarkan melihat jenazah Hang Jebat.

“Syoknya, Hang Jebat mati diriba Hang Tuah!” cerita Dr. Izham.
Kononya Hang Tuahlah yang memandikan, mengapankan dan meyembahyangkan sendiri jenazah Hang Jebat.

Lojiknya, kata Dr. Izham selepas Hang Jebat membersihkan saki-baki pengampu, kroni sultan Hang Tuah dan Hang Jebat selepas itu kembali semula mendalami ilmu persilatan dengan guru mereka Adi Putera.

Dua pahlawan itu seterusnya memohon untuk pergi merantau sehinggalah ke Pattani membuka pesantren di sana dan mengajar murid-murid ilmu persilatan dan mengaji Al-Quran.

Melalui identiti baru itu mereka berdua berjaya melahirkan ramai pahlawan melayu yang hebat dan terkenal memerangi penjajahan di Nusantara.

Paling menarik, Dr. Izham menyatakan kesemua ahli keluarga Hang Jebat dan Hang Tuah pulang semula ke Kedah dan tinggal di Pulau Melaka di Langkawi.

Dr. Izham ada juga mendengar cerita orang bahawa Mahsuri adalah dari susur galur keturunan Hang Tuah. Mereka membawa bersama resepi makanan tradisi dan menamakannya sempena negeri Melaka.

Umpamanya cabai melaka kerana orang Melaka suka makan pedas, buah Melaka, gula Melaka dan lain lain lagi.

Akhir kalam, Dr. Izham sekali lagi bersetuju dengan Pak Syeikh bahawa dalam soal perpaduan orang Melayu : ‘Air dicincang tak akan putus!’

Sesukar manapun situasi yang dihadapi, pasti ada muslihat bagi menyelesaikannya tanpa mengorbankan nyawa orang Melayu.

Berdasarkan kisah Hang Tuah dan Hang Jebat tadi, pihak istana mahukan si Jebat dibunuh maka tidak ada masaalah bagi Tuah membunuh nama si Jebat. Perkara ini perlu dilakukan berhati-hati agar titah raja tetap keramat. Yang mati adalah nama Hang Jebat, bukan semangatnya. Hang Tuah dan Hang Jebat hidup sampai ke tua mencapai taraf makam wali.

Berdasarkan lagenda ini, Dr. Izham menyimpulkan bahawa orang Melayu telah banyak kali diuji sejak peristiwa Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat, Malayan Union dan peristiwa 13 Mei 1969.
“Menariknya, dalam menghadapi soal genting ini, orang Melayu kembali bersatu! Kembali kuat!” katanya.

Dr. Izham percaya orang Melayu sekali akan bersatu sekiranya survival kehidupan mereka diancam dan terancam oleh suasana sekeliling yang mencemaskan masa depan bangsa dan agama Islam.

“Jika tidak bersatu kata-kata ‘Takkan Melayu Hilang Didunia’ hanya tinggal nama!” kata Dr. Izham mengingatkan.

  Petikan dari Mastika edisi Disember 2010


MR :  Makin dibaca makin pening, macam cerita Anwar Ibrahim dan Mahahir. Siapa liwat siapa pendusta? 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

13 ulasan:

  1. Kenapa nak peningkan dan kenapa nak banding dengan Mahathir dan Anuar? Bukankah Mahathir pernah mengaku dia tu keturunan INDIA ???? Anuar Melayu dan Mahathir INDIA! Jadi apa sangkut pautnya dengan Hang Jebat dan Hang Tuah??? Hang nih memang tak boleh harap!! Nak banding pahlawan Melayu yang hebat dengan dua manusia tu??? Tak layak langsung!!!!

    BalasPadam
  2. Anwar pun bukan Melayu...Cuba perhatikan arwah ayah dia dulu....Lagipun semua org tahu dia tu org Penang...memang dkk...

    BalasPadam
  3. Sebenarnya sejarah Tanah Melayu telah ditulis oleh orientalis-orientalis Barat yang bersikap prejudis terhadap agama Islam dan umat Islam di Tanah Melayu maka kita tidak terkejut buku-buku yang ditulis oleh cendekiawan Melayu pada zaman dahulu telah diangkut oleh penjajah Barat ke Eropah.

    Sebahagian kapal yang mengangkut buku-buku Melayu telah didakwa tengelam semasa pelayaran ke Eropah. Adakah ini cara menghapuskan sejarah tamadun Islam di Tanah Melayu?

    Maka kita tidak terkejut melihat buku sejarah tempatan mengandungi maklumat yang samar-samar tentang sejarah perkembangan Islam dan kerajaan Islam di Tanah Melayu.

    Inilah akibatnya apabila sejarah ditulis oleh pihak yang menang (penjajah barat).

    BalasPadam
  4. Awas penipu sentiasa mencari peluang untuk menipu anda sehingga muflis.

    BalasPadam
  5. Ini saya setuju. Kerna hang jebat mati di tangan musuh. Bukan di tangan hang tuah. 3 mustika di kepala hang jebat. Salah satunya ada pada saya. Satunya ada pada ipar saya. Dan yg besar di tengah masih di simpan.. 0189822489

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pula ada simpan telo musang jebat.xtau la hang ada sangkut dgn sang,tp jebatnya sama

      Padam
    2. Saya pula ada simpan telo musang jebat.xtau la hang ada sangkut dgn sang,tp jebatnya sama

      Padam
  6. Berarti Hikayat hang tuah sbenarnya telah dirubah dalam catatan sejarah, ini disebab kan sesuatu yg mengganual, tidak lah tuah sanggup membunuh hang jebat yg sudah seperti saudara kandung, yg telah besar dan berjuang sedari kecil bersama2,,
    Sementara alasan jebat menderhaka adalah karena hang tuah sendiri, dan hang tuah juga tahu siap yg punya angkara dari semua pertikaian dan fitnah itu,, tuah tak menerima titah raja membabi buta tanpa usul periksa,, masuk di akal kah seorang tuah yg cerdik pandai dan taat beragama melakukan kn tindakan yg sedemikian hanya sebab taat ke pada titah raja melaka... Jadi mungkin ini lah jawaban yg sebentar nya dari kisah hang tuah dan hang jebat yg sebenarnya..

    BalasPadam
  7. Sebenarnya kaum Melayu mempunyai tamadun @ peradaban tinggi berunsur Islam sebelum kedatangan penyamun British, Belanda dan Portugis dll dari Barat. Sebelum kedatangan penyamun Barat, kaum Melayu menetap di dalam rumah batu @ konkrit di bandar-bandar di negara Melayu. Mereka menggunakan wang untuk membeli barang keperluan. Mereka menggunakan meriam, pistol dan senapang untuk menentang musuh.

    Malangnya penyamun Barat telah memusnahkan konon buku Melayu tenggelam bersama kapal penyamun Barat dll atau menyembunyikan atau melarikan buku-buku karangan orang cerdik pandai Melayu dan orientalis Barat yang bersikap rasis anti-Islam dan anti-Melayu telah mencipta cerita dongeng sejarah untuk menghapuskan sejarah keagungan tamadun Melayu Islam supaya kaum Melayu Islam dipandang rendah oleh kaum pendatang.

    BalasPadam
  8. Mohon admin delete iklan judi ini.

    BalasPadam
  9. Mohon admin delete iklan judi ini.

    BalasPadam
  10. Mohon admin delete iklan judi ini.

    BalasPadam
  11. Mohon admin delete iklan ini.

    BalasPadam