Header Ads

ads header

Flash News

Desak Waytha undur


Saya tidak masuk politik untuk play safe. Saya tidak masuk politik untuk jadi pak turut. Saya tidak masuk politik untuk membisukan mulut dan memekakkan telinga apabila rakyat sudah pun bersuara.

Saya bersedia untuk diambil tindakan jika perbuatan saya salah. Saya tidak akan memohon maaf hanya kerana berterus-terang.


Saya cadangkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy juga ambil tindakan ke atas Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin yang turut menyuarakan kebimbangan yang sama (mendesak P Waythamoorthy letak jawatan). Bukankah beliau rakan sekerja anda di Pulau Pinang?

Saya cadangkan YB Ramasamy juga ambil tindakan ke atas Pemuda Amanah Terengganu kerana “menghina kebijaksanaan Tun” apabila mencadangkan P Waythamoorthy digantikan dengan Nurul Izzah.


Jangan lupa "sekolahkan" Penasihat Media Perdana Menteri, A Kadir Jasin sekali.

Sayap pemuda parti tuan sendiri mendesak Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik agar letak jawatan. Tapi bila ada pimpinan pemuda Bersatu buat desakan yang sama, kita dituduh mengkhianati Pakatan Harapan (PH), dituduh memainkan sentimen perkauman, dituduh seperti Umno dan PAS.

Ini tiada kaitan dengan kaum. Ini tentang setuju untuk tidak bersetuju, untuk tidak menekan hak mana-mana pihak menyuarakan pandangan.

Sebagai ketua pemuda Bersatu, saya bertanggungjawab bagi membenarkan rakan-rakan saya untuk bersuara dan tidak membukukan perasaan mereka. Kita percaya dengan slogan “berani kerana benar”.

Jadi YB, jangan sesekali ingat kamu boleh mendiamkan anak muda ini.

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN ketua pemuda Bersatu
dan menteri belia dan sukan.



MR :  Pakatan PH adalah pakatan untuk rebut benda, kerana benda mereka berkelahi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: