Header Ads

ads header

Flash News

Cybertropper AMANAH fitnah kononnya ahli PAS, rupanya pimpinan AMANAH kaki penipu




KANTOI!!!!! ... Difitnah merata oleh para balaci maya PH terutamanya balaci-balaci maya PAN kononnya kisah gempar dan panas bekas ADUN Kelantan yang dituduh menipu jemaah umrah ialah ahli PAS.

Rrrrrrupa rrrrrupanya pimpinan kuat PAN.




SERAMAI 21 mangsa mendakwa ditipu seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini membabitkan kerugian lebih RM110,000 membabitkan pakej menunaikan umrah.

Difahamkan, selain mangsa terbabit, bekas ADUN yang dikenali sebagai ustaz itu turut dipercayai menipu ratusan mangsa lain dengan jumlah kerugian lebih RM1 juta.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, pihaknya menerima dua laporan membabitkan 21 mangsa di negeri ini dengan nilai kerugian lebih RM110,000.

Katanya, dua laporan polis dibuat mangsa masing-masing di Balai Polis Kota Bharu dan Balai Polis Damansara, Kuala Lumpur pada Khamis serta Jumaat lalu.

“Satu laporan membabitkan 20 mangsa dan satu lagi, seorang mangsa. Mangsa memaklumkan mereka mengambil pakej umrah daripada lelaki itu yang bernilai RM5,500 seorang.

“Selepas membayar pakej itu, lelaki berkenaan juga didakwa meminta bayaran tambahan RM2,800 seorang. Ada mangsa yang membayar wang tambahan dan dapat pergi menunaikan umrah, manakala yang tidak membayar wang tambahan tidak dapat pergi ke Makkah.

“Mangsa memaklumkan mereka sepatutnya pergi menunaikan umrah pada 1 Disember lalu, tapi ditangguhkan kepada Selasa (4 Disember) dan Khamis lalu, ditangguhkan lagi,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa juga menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dengan harapan dapat menunaikan umrah.

Katanya, pihaknya membuat siasatan lanjut berbubung laporan yang diterima daripada mangsa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kes berkenaan mendapat perhatian orang ramai selepas menjadi tular sejak semalam, apabila video terbabit memaparkan dua lelaki berjumpa ‘ustaz’ yang didakwa menipu orang ramai menerusi pakej umrah yang membabitkan kerugian RM1.3 juta, di dalam sebuah kereta.

Lelaki itu mendakwa sanggup datang dari Perlis ke Kelantan untuk bertanya berhubung wang yang dibayar kerana membabitkan jumlah yang banyak.

Mangsa turut meminta ustaz itu membayar balik kerugian yang ditanggung mereka, dan lelaki terbabit dikatakan berjanji untuk membayar semula wang berkenaan.

Bagaimanapun, wartawan Harian Metro gagal mendapat penjelasan daripada ustaz terbabit yang kini dipercayai berada di Makkah.


FB
Hanisya Abdul Hamid



MR :  Bila jadi ahli AMANAH mereka rasa bebas nak buat JAHAT. Semasa dalam PAS dulu tak boleh


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan