Header Ads

ads header

Flash News

Cubaan jatuhkan MB Perak akan dibawa ke Majlis Presiden PH


IPOH: Pendedahan berhubung cubaan menjatuhkan kerajaan negeri dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu oleh EXCO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari akan dibawa dan dibincangkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Ahmad Faizal berkata, perbincangan akan diadakan apabila ada pendedahan seperti itu, namun beliau lebih gemar jika isu berkenaan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti atau Majlis Presiden PH sendiri.

“Sekiranya ada ADUN daripada PH yang ingin lompat parti atau bekerjasama dengan UMNO dan PAS, atau yang tidak setara dengan kerajaan, ia sebagai tindakan tidak bijak.

“Begitu juga kalau kita yang sudah ada kerajaan nak jatuhkan kerajaan, pada pandangan saya ia bukan tindakan yang bijak, saya yakin dengan barisan EXCO dan ADUN PH, mereka bukan bodoh.

“Rakyat sudah pilih mereka dan tentu mereka mempunyai kelebihan sebagai pemimpin dan wakil rakyat. Saya yakin mereka tidak akan khianati harapan rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Ditanya adakah Abdul Aziz `menikam belakang’ beliau, Ahmad Faizal berkata beliau tidak percaya ada mana-mana pihak dalam PH mahu menjatuhkan sebuah kerajaan yang berjaya dibentuk menerusi usaha selama 10 tahun selepas krisis politik tahun 2009.

“Saya percaya ramai ahli dan ADUN PH yang merasakan kerajaan mereka dirampas pada tahun 2009, tentu mereka tidak mahu perkara itu berlaku (lagi),” katanya.

Terdahulu, pada sidang DUN Perak, Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad mendedahkan Abdul Aziz adalah dalang untuk menjatuhkan Menteri Besar dan kerajaan negeri.


MR :  Nampaknya pergolakan yang berlaku bukan lagi rahsia umum


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan