Header Ads

ads header

Flash News

Bezakan Hukum Antara Sambut Krismas dan Ucapan Selamat Menyambut Krismas


1. Saya melihat ada pihak yang sengaja melaga-lagakan antara YB Ustaz Muhammad Khalil, dengan Sohibus Samahah Mufti Wilayah dalam isu ucapan dan sambutan krismas sedangkan kedua-dua pihak berbicara pada topik berlainan.

2. YB Ust Khalil menjelaskan hukum haram menyambut krismas bagi orang Islam. Itu adalah hukum yang telah disepakati oleh semua ulamak.

 Ada pun Mufti Wilayah dalam tulisan Bayan Linnas menjelaskan hukum mengucapkan Merry Christmas atau tahniah kepada penganut Kristian.

3. Perkara kedua ini menjadi perselisihan di kalangan ulamak.
 Sebahagian ulamak mengharamkan ucapan selamat krismas kerana ia bererti perakuan terhadap kebenaran agama mereka.

 Sebahagian ulamak pula mengharuskan dengan meletakkan syarat iaitu hendaklah ia hanya bertujuan memupuk hubungan perpaduan dan hendaklah tidak disertai dengan niat untuk mengagungkan, memuliakan dan menyetujui agama lain.

4. Saya juga melihat ada yang sengaja melencongkan maksud sebenar kenyataan Mufti Wilayah yang mengharuskan dengan meletakkan seolah ucapan selamat hari krismas adalah ungkapan yang sunat dan digalakkan untuk dituturkan. Perlu diingat ia adalah KEHARUSAN dan bukannya GALAKKAN.

Sesuatu hukum yang harus boleh berubah menjadi sunat disebabkan perubahan keadaan dan tujuan seumpama dengan tujuan dakwah.

5. Memupuk keharmonian beragama bukannya dengan menurut segala kehendak agama berlainan dalam perayaan keagamaan tetapi dengan menghormati mereka dan memberikan hak kepada mereka untuk menyambut perayaan agama mereka.

6. Islam meletakkan hubungan antara muslim dan bukan muslim dalam ruang lingkup yang sangat luas iaitu

 "berkebajikan dengan mereka dan melakukan keadilan"

dalam semua aspek kehidupan selagi mereka tidak memerangi Islam dan umatnya. Hubungan kasih sayang sesama insan perlu terus dibina dan dipupuk menerusi pelbagai lagi aktiviti kehidupan seharian melibatkan hubungan persahabatan, kejiranan dan urusan hidup. Itulah yang diajar oleh Islam.  Ia tidak diukur hanya pada ruang yang sempit iaitu sambutan perayaan bersama antara penganut agama berbeza.

7. Masyarakat Islam di Malaysia telah menunjukkan contoh yang baik dalam bergaul dengan bukan Islam sejak ratusan tahun dalam pelbagai aspek kehidupan. Ia sesuatu yang boleh dibanggakan. Maka tidak perlu ada yang terlebih lajak kepada sambutan perayaan bukan Islam yang melibatkan ritual beragama kerana ia melibatkan hukum terlarang dalam agama.

8. Islam agama yang memupuk keharmonian bermasyarakat. Islam juga menjelaskan batas perhubungan apabila melibatkan ritual beragama konsepnya ialah firman Allah dalam ayat 6 surah al-Kafirun
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
"bagi kamu agama kamu dan bagi saya agama saya"

Sekian

Ustaz Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri


MR :  Puak PH (Termasuk IKRAM) sengaja membuat perkara ini menjadi keliru atas dasar nak hentam PAS termasuk anak Abdul Hadi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Perkara tak boleh selesai sudah menjadi trend tahunan. Boleh dkatakan kebanyakkan ahli ilmu menyuroh kita berlapang dada dalam masa yang sama perkara itu pon berselisih. nak lapang dada yang macam mana pula? Sebenar umat islam perlu bersatu dan para ilmuan perlu menunjukkan terlebeh dahulu bukan comment atas comment dmedia sosial.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya mengucapkan 'merry christmas' atau 'selamat hari natal' adalah haram kerana ucapan-uncapan ini mengiktiraf ritual atau amalan agama kristian yang mengaitkan hari krismas dengan hari kelahiran 'anak tuhan' yang bernama 'Jesus' yang berasal dari doktrin Trinity iaitu 'tuhan bapa, tuhan anak dan ruh kudus'.

    Maka sesungguhnya ucapan-ucapan ini adalah syirik besar yang boleh membatalkan iman atau kufur akidah.

    Allah telah berfirman dalam surah al Baqarah ayat 42 yang bermaksud:

    "Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."

    Benarkah Jesus dilahirnan pada 25 hb Disember iaitu dalam musim sejuk ? Kitab Gospel tidak pernah mencatatkan tarikh lahir Jesus dan dakwaan Jesus lahir pada 25 hb Disember tidak disokong oleh sebarang fakta sejarah.

    Bahkan sebenarnya Jesus dilahirkan dalam musim panas mengikut keterangan Al-Qur'an sendiri dan Gospel.

    Maka 25 hb ini perayaan apa sebenarnya? Sebilangan cendikiawan kristian dan ahli sejarah barat menyifatkan perayaan pada 25 hb Disember ini berkaitan dengan perayaan pagan yang diwarisi oleh kerajaan Rom kuno dll.

    Oleh sebab itu, sebilangan ulama Islam di zaman ini yang cerderung mengharuskan ucapan 'merry christmas' sepatutnya mengkaji perayaan christmas dahulu secara mendalam sebelum membuat fatwa kerana kesannya boleh membatalkan iman umat Islam. Jika ini berlaku, adakah ulama-ulama berkenaan sanggupkah memikul tanggung-jawab memurtadkan umat Islam ????

    Ibnu Taimiyah, Ibnul Qoyyim dan para pengikutnya seperti Syeikh Ibn Baaz, Syeikh Ibnu Utsaimin—semoga Allah merahmati mereka—serta yang lainnya seperti Syeikh Ibrahim bin Muhammad al Huqoil berpendapat bahwa mengucapkan selamat Hari Natal hukumnya adalah haram karena perayaan ini adalah bagian dari syiar-syiar agama kafir mereka. Allah tidak meredhai adanya kekufuran terhadap hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya didalam pengucapan selamat kepada mereka adalah tasyabbuh (menyerupai) dengan mereka dan ini diharamkan.

    Di antara bentuk-bentuk tasyabbuh :
    1. Ikut serta didalam hari raya tersebut.
    2. Membawa perayaan-perayaan mereka ke negeri-negeri islam.

    Mereka juga berpendapat wajib menjauhi berbagai perayaan orang-orang kafir, menjauhi dari sikap menyerupai perbuatan-perbuatan mereka, menjauhi berbagai saranan yang digunakan untuk menghadiri perayaan tersebut, tidak menolong seorang muslim didalam menyerupai perayaan hari raya mereka, tidak mengucapkan selamat atas hari raya mereka serta menjauhi penggunaan berbagai nama dan istilah khusus didalam ibadah mereka.

    Bolehkah Mengucapkan " SELAMAT NATAL " ? Ustadz Abdul Somad, Lc. MA
    https://www.youtube.com/watch?v=Td-jYxBCnl8

    BalasPadam