Header Ads

ads header

Flash News

Berita Hancing: Polis bekerja keras untuk bawa penjenayah ke muka pengadilan kata Waytha Moorthy


KUALA LUMPUR: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerja keras bagi memastikan pesalah jenayah kejam yang mengakibatkan kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, dibawa ke muka pengadilan dengan pantas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy.

Waytha Moorthy berkata, Muhammad Adib merupakan seorang ahli Bomba yang berani dan berwibawa, berkhidmat untuk negara dengan penuh dedikasi.

"Sebagai Menteri yang bertanggungjawab bagi Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar mendoakan Muhammad Adib ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. (lihat gambar)

"Fabrik sosial negara ini terbina daripada perpaduan dan keamanan yang dikecapi dalam 60 tahun yang lalu dan marilah kita bersama-sama berdoa untuk Muhammad Adib dan keluarga beliau pada masa yang mencabar ini," katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Adib.

"Kami berkongsi kesedihan keluarga beliau dan negara berkabung bersama-sama dengan keluarga Muhammad Adib dalam masa getir ini," katanya lagi.

Muhammad Adib dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecederaan parah akibat diserang susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 pada 27 Nov lalu.

Difahamkan, atas permintaan keluarga, jenazahnya akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah malam ini untuk dikebumikan.

Pada Ahad, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesihatan Muhammad Adib kembali merosot apabila paru-parunya gagal berfungsi.

MR :  Hebat kerajaan PH kencing rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Tak boleh angkat tengok muka dia moga Allah ampon kan dosa saya.

    BalasPadam
  2. Kita tidak percaya pada kepala bapak rasis lidah biawak yang bersikap anti-Islam dan anti-umat Islam.

    BalasPadam
  3. Moga Allah memberi hidayah kepadanya

    BalasPadam