Beri pertimbangan masa sewajarnya untuk subjek agama
SHAH ALAM - Kerajaan perlu memberi pertimbangan sewajarnya dari segi masa pembelajaran subjek agama Islam di sekolah kebangsaan supaya tujuan sebenar pengajaran Islam benar-benar tercapai.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, pihaknya berharap agar kerajaan memberikan masa yang mencukupi bagi tujuan itu.
Katanya, PIBGN menyambut baik penambahbaikan kurikulum, tetapi berpandangan adalah tidak wajar untuk menyalahkan subjek agama yang diberi tumpuan di sekolah kebangsaan.
"Saya rasa tidak boleh disalahkan sebegitu. Walau apa pun, kalau didapati benar bahawa tumpuan yang lebih kepada pengajian agama (Islam) itu, berikanlah masa yang berpatutan, optimum dan mencukupi, saya rasa tiada masalah.
"Tapi janganlah nanti (bila) ruang atau masa pelajaran agama dikecilkan, nanti tak berkesan langsung pengajian agama (kepada murid-murid). Kita harapkan ruang masa untuk sukatan pelajaran agama yang dikecilkan nanti tidak lari daripada pengajian asalnya. Namun jika ia tidak menepati tujuan asal (pengajaran), kita tak setuju," katanya kepada Sinar Harian.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kurikulum sekolah kebangsaan akan dirombak bagi memberi lebih masa kepada mata pelajaran yang berguna dan tidak tertumpu kepada pembelajaran agama semata-mata.
Dr Mahathir berkata, ia penting supaya rakyat Malaysia boleh maju dalam setiap bidang.
Dalam pada itu, Mohamad Ali berkata, subjek agama Islam di sekolah kebangsaan boleh dilengkapkan dengan pengajaran harian seperti mana yang dilakukan sekolah agama dikendalikan di bawah kerajaan negeri masing-masing atau pihak tertentu.
"Pendidikan agama diajar secara berasingan daripada sekolah kebangsaan, tetapi menepati tujuan sebenar dengan ruang masa mencukupi. Barangkali masa (subjek agama) itu di sekolah kebangsaan kurang, tetapi dilengkapkan waktu belah petang dengan sekolah agama.
"Kalau semua negeri mengikuti sistem begitu, mungkin itu yang terbaik boleh digunapakai, jadi pengajian sekolah biasa tak terjejas dan tidak mengurangi pengajaran Islam secara keseluruhan," katanya.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Lihatlah kepada kejayaan Ma'had Muhammadi di Kelantan, macamana boleh kata subjek agama boleh merencatkan pencapaian akademik?
BalasPadamnak buat macam mana otak dia dah tak berfungsi. yg baik dia nampak tak betul benda buruk dia nampak betul.
PadamPuak kafir harbi dan puak munafik Melayu liberal adalah makhluk yang tidak bermoral kerana mereka telah menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan pendidikan Islam dan menafikan hak umat Islam untuk mendapatkan pendidikan Islam. Sesungguhnya musuh-musuh Islam ini adalah khadam dan boneka ternakan Yahudi Zionis dan Kristian Zionis yang memusuhi Islam dan umat Islam.
BalasPadamPuak kepala bapak hipokrit ini mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan kebebasan beragama tetapi pada masa yang sama mereka menindas agama Islam dan menafikan hak umat Islam kerana mereka mahu umat Islam menjadi sesat dan hidup tidak bermoral. Sseusngguhnya puak kafir dan puak munafik tidak pernah redha terhadap Islam dan umat Islam.
Maka kita tidak terkejut melihat puak kafir harbi dan puak munafik Melayu liberal ini mahu meratifikasikan ICERD untuk melaksanakan ICERD @ Malaysian Malaysia supaya mereka boleh menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam termasuk kaum Melayu.
Maka terbuktilah puak kafir harbi dan puak munafik Melayu liberal ini adalah setaraf dengan puak komunis Soviet dan puak China Komunis yang telah dan sedang menindas agama Islam dan menafikan hak umat Islam.
Fakta sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan sains teknologi barat amat terhutang budi kepada para ilmuwan Islam, saintis Islam, pakar perubatan Islam, jurutera Islam, arkitek Islam dll di zaman kegemilangan Islam pada zaman di mana manusia di Eropah dan sebahagian besar penduduk di dunia masih hidup seperti manusia kuno dengan pelbagai kepercayaan karut marut.
Semasa Zaman Kegemilangan Islam (750 - 1250: zaman Kerajaan Abbasiyah; bahasa Arab:حضارة إسلامية), para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan ini dengan melakukan mengkaji tradisi-tradisi yang awal, serta mencipta rekaan-rekaan baru dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri. Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual di dunia Islam berkembang pada zaman kegemilangan Islam itu.
Dan sekarang kita dapati ramai pelajar-pelajar yang sangat cemerlang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah menengah agama di mana pelajar-pelajar Islam mempelajari pendidikan Islam, sains tulen, matematik tambahan, perakaunan dll. Sebahagian besar dari pelajar-pelajar berya melanjutkan pelajaran ke seberang laut dan kembali ke Malaysia sebagai pendakwah professional seperti doktor, arkitek, jurutera, akauntan dll yang cintakan Allah dan RasulNya dan menghormati ibu bapa mereka dan menjadi imam dalam masyarakat.
Malangnya hari ini puak kafir harbi dan puak munafik Melayu liberal mahu menghapuskan atau meminimumkan pendidikan Islam di sekolah-sekolah kerajaan kerana mereka memusuhi Islam dan umat Islam.
Kalau kurang peluang mendapat kerja adalah alasan yang digunakan untuk mengurangkan subjek agama, sepatutnya dipantau syarikat2 yang hanya mengutamakan bahasa mandarin. Orang Melayu terpaksa berhempas pulas dalam pelajaran dan setelah berjaya terpaksa pula bersaing dengan orang cina atas sebab bahasa. Tun perlu lihat statistik pengambilan pekerja Melayu, mereka sukar diterima bekerja tetapi tidak bagi orang cina.
BalasPadamPenekanan kepada pelajaran agama hanya lah alasan tun untuk tunduk kepada tekanan dap semata-mata
Mader tu sekular tegar.....teruskan perjuangan bersama ulama yg ikhlas
BalasPadam