Header Ads

ads header

Flash News

Beranikah Dap Keluar Kerajaan?


PAS pernah diugut oleh Dap sewaktu Barisan Alternatif supaya jangan kemuka dokumen negara Islam. PAS bukan parti yang tidak ada prinsip untuk tunduk kepada kehendak Dap. Dap tidak berjaya cucuk hidung PAS. PAS bertegas, akhirnya Dap cabut lari daripada BA pada tahun 22 September 2001.

Mursyidul Am sewaktu itu almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan Presiden PAS ialah almarhum Ustaz Fadhil. Itu pun pengampu Dap, mengatakan jikalau PAS dipimpin oleh dua almarhum ini, Dap tidak akan keluar daripada Pakatan Harapan. Inilah pembohong international yang buta sejarah.

Sekarang kerajaan PH yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir diugut. Jika tidak ikut aspirasi Dap, mereka akan keluar. Apabila Dap bercakap tentang integriti dan good governance  Rakyat pun sudah naik muak dan jelik. Rakyat sudah lihat tujuh bulan memerintah sikap dan kelaku mereka seperti kaduk naik junjung.



Rakyat ingat, hebat sangat menteri di kalangan Dap untuk memulih ekonomi dan meningkatkan harga getah dan kelapa sawit. Sikap menteri kewangan Lim Guan Eng yang tidak profesional berhubung isu royalti di Kelantan.

Persoalannya adakah Dap berani keluar daripada kerajaan?. Bukan senang hendak dapat masuk Putrajaya. Bukan senang dapat akses maklumat kerajaan. Apa yang lebih penting makin banyak peluang ekonomi. Bukan senang taiko-taiko besar boleh bersama Dap. Semuanya hasil bersama di dalam kerajaan.

Sekarang rakyat semakin kenal. PAS sudah lama kenal. PAS pernah berkawan dengan Dap. PAS berpisah kerana prinsip dan berkawan kerana prinsip, bukan kerana peribadi. Hendak tunduk kepada kehendak Dap, sorry lah ya.

Idris Hj AhmadNaib Presiden PAS


MR :  Menteri PH semuanya cakap aje pandai buat kerja 'gagal'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan