Baca apa yang diperkatakan oleh perwakilan Amanah Terengganu di Konvensyen Nasional mereka
Perwakilan AMANAH Terengganu, Hasbie Muda menyeru agar kepemimpinan di peringkat nasional mencari pendekatan berkesan dalam meraih sokongan rakyat di negeri itu.
Beliau berharap pemimpin di peringkat nasional dapat merangka mekanisme yang terbaik termasuk lebih kerap turun ke negeri berkenaan.
Menurutnya, AMANAH Terengganu berdepan cabaran getir dalam memenangi hati pengundi masyarakat luar bandar termasuk di kawasan Felda.
“Ketua-ketua Kawasan menjadi sasaran. Kami di Terengganu ini bukan setakat segan minum kopi di Felda, nak melintas di kawasan Felda pun cukup besar kebimbangan.
“Sebab apabila mereka lihat pemimpin Pakatan Harapan (PH) ini, mereka akan maki dan sebagainya,” ujarnya ketika membahaskan Pidato Presiden pada Konvensyen Nasional AMANAH di Ipoh pagi ini.
Sehubungan itu, Hasbie mengingatkan kemenangan AMANAH di Terengganu dan Kelantan adalah kemenangan di peringkat nasional.
“Mandat untuk mengambil alih bagi menggantikan dua negeri yang sedang dikuasai Pas ini bukan berada di bahu kami tetapi di bahu kita semua.
“Sebab, tiga negeri yang diberi kepada AMANAH (pada PRU-14), hanya satu (Melaka) yang menang, dua lagi belum (menang).
“Di Terengganu, daripada 10 orang yang berkumpul, lima mengundi Pas, empat penyokong Umno dan seorang lagi itu pun mungkin tidak lengkap tangan adalah pengundi PH.
“Jadi, bayangkan bagaimana kami di Terengganu,” tambahnya lagi yang juga Ketua Pemuda AMANAH negeri.
MR : Terengganu 98% Melayu, orang Melayu tak boleh terima parti sekadar balaci DAP
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Melaka dikuasai Amanah? Biar betul. Program maharaja lawak mega ke apa ni? Kalau sekadar barua DAP tak payah nak sebut la buat malu kaum je.
BalasPadamPenggerusi Dap ... ijazah loyer
BalasPadamPresiden PKR .... ijazah jarak dekat dan jarak jauh
Presiden PPBM .... ijazah jarak dekat
Presiden Imayamnah .... ???
Analisis: sesuatu itu jadi begitu ada sebab dan musabab.
PAN berjuang untuk dedak jer,tkyah cakap pejuang islam la.Karut semua tu.Untuk pimpin setakat Putrajaya bolehlah tapi kalau ke akhirat,hampeh.Presiden parti rahmatain Alamin gesel n sondol amoi masa bersih dulu.Kalu masa dalam PAS, jangan harap nak buat onar gitu
BalasPadamHa ha ha...Parti yang tak layak sebesar kuman guna nama Amanah... Lebih munasabah nama barua atau pengkhianat...Pengkhianat Amanah Negara aka PAN
BalasPadam