Header Ads

ads header

Flash News

Aziz Bari cuba jatuhkan Menteri Besar?


Selepas diminta untuk membuktikan siapakah Exco kerajaan negeri yang cuba menjatuhkan Menteri Besar, Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad meminta Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta supaya bertanyakan perkara itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz Bari, adakah benar beliau orang yang dimaksudkan.

Saarani mendakwa, Abdul Aziz yang juga Exco kerajaan negeri telah bertemu dengan lima orang ADUN UMNO dan beliau mempunyai kesemua akuan bersumpah mengenainya.

“Satu Exco Pakatan Harapan telah bertemu dengannya (salah seorang ADUN UMNO) pada 2 November di French Hotel, Ipoh diikuti kali kedua di Ibis Hotel, Cheras. Apa intipati perjumpaannya, kata dia, Menteri Besar yang ada tidak ‘perform’. Menteri Besar yang ada tidak layak tetapi dia layak kerana ada sokongan 18 ADUN Pakatan Harapan termasuk empat dari Amanah dan empat dari PKR. Jumlahnya 26 tetapi dia tidak cukup empat, jadi, dia perlukan empat sokongan ADUN Barisan Nasional.

Dia jumpa seorang pada 2 hari bulan, dia jumpa seorang lagi pada 15 hari bulan di Old Town White Coffee Ipoh. Dia jumpa seorang lagi pada 21 hari bulan di Restoran SImpang Tiga, dia jumpa lagi seorang pada 23 hari bulan hari Jumaat petang di Chu Corner Padang Rengas. Dia jumpa seorang lagi di Kamalodge pada hari Sabtu baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan Perak 2018 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Saarani berkata, beliau telah mengingatkan ahli-ahlinya bahawa jika itulah perkara yang berlaku, kerajaan Pakatan Harapan kini berada dalam keadaan terumbang-ambing dan berkemungkinan peristiwa pada tahun 2009 bakal berulang.

“Menteri Besar, berlakon-berlakon juga, tetapi negeri kena jaga. Sebab kalau tak jaga, ada orang main belakang kita. Depan cakap ‘yes sir’, saya sokong tuan tetapi di belakang dia boleh jumpa ADUN-ADUN UMNO mengutuk Menteri Besar tiada sijil, tiada ijazah, malah hadir majlis raja-raja kutuk Menteri Besar tak berwibawa, eh ini apa ni? “Saya bertanggungjawab atas apa yang saya kata kerana saya kasihkan rakyat negeri Perak. Saya tidak mahu peristiwa-peristiwa yang memalukan negeri Perak. Kita mesti ada sebuah kerajaan yang kuat, sebab itu bila dapat 29 kerusi, jangan curi orang lain punya. Bila kita curi dua orang,

MR :  Hebat puak-puak ni bererbut jawatan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Nasib baik org mcmni x duduk lama dlm PAS.

    BalasPadam
  2. Bila jarak bilangan kerusi terlalu jauh, otak kembali ke asal: kehendak2 antagonis mengatasi kehendak protagonis. "kerusi den lebih banyak, den lebih berhak". Lagi pun mana ada ikatan yang kekal. Lambat laun ikatan akan mereput dan terberai-burai jua.

    BalasPadam
  3. Perebutan jawatan menteri besar akibat dari DAP tidak sebulu dengan menteri besar sekarang yg enggan tunduk kepada kemahuan DAP yg mahu Menteri Besar untuk memberikan TANAH kpd kaum CIna Kg baru bedasarkan leasehold 999 tahun. Ini berita terbaru.
    DAP mahukan menteri besar yg tunduk kpd kemahuan dan tuntutannya.

    BalasPadam