Header Ads

ads header

Flash News

Apa Yang Rakyat Boleh Belajar Daripada Pemilihan Majlis Peguam


1. Pemilihan Majlis Peguam (Malaysian Bar) yang berlaku semalam menunjukkan secara jelas kebangkitan golongan konservatif. Tetapi ramai yang silap faham dan berfikir bahawa ia berlaku kerana pengundi pengundi yang memilih golongan libtards sebelum ini telah berubah dan memilih golongan kanan. Hakikatnya tidak (Dan jika ada pun sedikit).

2. Yang berlaku sebenarnya adalah kebangkitan golongan senyap. Pemilihan Malaysian Bar acap kali dikritik disebabkan jumlah keluar mengundi yang rendah. [1] Pemilihan tahun lepas contohnya hanya menyaksikan 18.2% pengundi menunaikan tugas mereka.

3. Tetapi tahun ini berbeza. Saya bagi contoh calon kesayangan anda semua Siti Kasim. Tahun lepas beliau memperoleh 1,450 undi dan menduduki tempat ke 12. Tahun ini, jumlah undi kepadanya meningkat kepada 1,748 tetapi kedudukannya jatuh ke tangga ke 17 sekaligus menyebabkan beliau tersingkir [2][3]

4. Apa yang berlaku ialah jumlah yang mengundi meningkat mendadak daripada 3,279 pada tahun lepas kepada 5,512 pada tahun ini. Ini menunjukkan "majoriti senyap" yang selama ini malas nak mengundi dan malas ambil tahu mula bangun menunjukkan sikap dan pendirian mereka.[2][3]

5. Soalnya kenapa bangkit? Ayahanda saya (seorang kaunselor berdaftar) pernah bercerita bahawa antara sikap asas manusia adalah kita suka mengikut trend atau bersama dengan majoriti.  Dalam psikologi, ia dipanggil "social proof". Ia menunjukkan bahawa manusia mudah terpengaruh dengan persekitaran dan pandangan sekeliling semasa membuat keputusan. Istilah ini diperkenalkan oleh Dr Robert Cialdini pada tahun 1984 melalui bukunya, "Influence".

6. Keadaan inilah yang sebenarnya berlaku pada PRU14. Trend ketika itu adalah menyokong Mahathir ialah cool, mengidolakan Guan Eng adalah elegan tetapi mempertahankan Najib adalah macai. Soal fakta sudah jatuh nombor 2. No 1 adalah trend.

7. Atas sebab itu saya sangat mempertahankan Himpunan 812. Pemilihan Majlis Peguam yang berjaya dikuasai golongan pro status quo semalam menunjukkan bahawa rakyat hanya mahu atau berani bersuara dan bertindak JIKA mereka tahu mereka tidak bersendirian.
8. Himpunan 812 adalah titik mula kebangkitan kaum peribumi. Ia akan menjadi trendsetter bahawa adalah sesuatu yang sangat "cool" untuk menjadi bangsa bumiputera. Adalah sesuatu yang sangat "elegant" untuk menjadi konservatif. Dan adalah sesuatu yang sangat "stylo" untuk menjadi Muslim yang berpegang kuat kepada akar agamanya.

9. Oleh itu sahabat2 ku, gagahkanlah dirimu Sabtu ini untuk bersama sama menjadi sebahagian daripada sejarah yang akan mengembalikan semula negara ini ke asas pembentukannya.

10. Kerana  percayalah pada hari ini, berdiam diri bukan lagi satu pilihan.  Silence were never an option!

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Peserta Himpunan 812 InshaAllah

MR :  kesedaran untuk kebangkitan Melayu Islam perlu dibuat secara berterusan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Mesej penting yang mahu dilihat disampaikan kepada audien di seantero Malaya adalah: "bumiputera tidak rasis seperti peserta baju kuning klas beershit" yang memijak-mijak kepala pemimpin yang tidak sama feather -- biaDAP.

    BalasPadam
  2. Kita tak perlu kerajaan racis PH yang berselindung atas nama kesamaratan.

    BalasPadam
  3. Semoga Allah bersama ummah 812. Ia bukan sahaja faktor "trend" tetapi ia adalah faktor kebenaran menentang pembohongan dan fitnah.

    BalasPadam
  4. islam sudah bangkit..bumiputra telah tersedar..allahuakbar

    BalasPadam
  5. Pemimpin Melayu PH adalah kuda tunggangan DAP untuk mencapai cita cita jahat ala komunis
    DAP. DAP adalah parti rasis Cina adik beradik PAP Singapura yang mendiskriminasikan Melayu secara
    sistematik.
    di Malaysia penduduk Melayu dan Bumiputera adalah majoriti 82% , Cina 19.5% dan India 8%. Mengapa sekarang dalam pemerintahan PH suara Cina dan India sangat kuat di bumi Tanah Melayu, konon untuk menuntut hak sama rata.
    Bangkit Wahai Bangsa ku , Jihad lah dari segi penyatuan , jihad ekonomi, pelajaran, dan lain lain aktiviti kehidupan.

    BalasPadam