Header Ads

ads header

Flash News

Amaran Mahathir Kepada LKS Adalah Lampu Hijau Kepada Umno Sertai Bersatu


Semakin jelas kini Mahathir makin keras dengan LKS. Tak cukup dengan itu, dalam pada masa yang sama, beliau turut komen terhadap sekolah kebangsaan. Semua ini untuk mempamerkan apa? Itulah strategi beliau 2 in 1.

Kalaulah kita cuba fahamkan keadaan diri beliau, sebenarnya beliau sedar makin hari makin banyak dari PH menentang beliau dari dalam. Masa beliau kini jadi PM dalam PH tak sama dengan beliau ketika jadi PM dalam BN. Dulu masa BN, bolehlah Mahathir cakap banyak kerana semua boleh dengar dan patuh cakapnya. Senang nak pusing.

Sekarang PH mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Boleh bersuara walaupun bertentangan dengan pendapat PM. Oleh itu, beliau rasa tergugat kerana sedar tak semua orang boleh dengar cakapnya.

Kalau kita perhatikan betul-betul, dari sudut ucapan dan langkah strateginya, sebenarnya beliau tidak ke mana pun dari segi prinsipnya. Beliau masih dengan perjuangan asalnya untuk memperjuangkan Melayu, dan bertegas tidak memperjuangkan Islam seperti apa yang dibawa PAS.

Apabila Melayu makin kurang yakin dengan beliau terutama selepas melihat kejayaan himpunan ICERD baru-baru ini, tak senang duduklah beliau.

Dengan menampakkan konflik antara beliau dengan LKS (DAP), maka sedikit demi sedikit sekarang ini Mahathir cuba beri keyakinan kepada MP UMNO bahawa pintu sedang terbuka untuk menyelamatkan UMNO dengan membuka penyertaan dari pintu belakang untuk menyertai BERSATU.

Saya fikir, tidak semudah itu kebanyakkan MP UMNO akan jualkan prinsip keUMNOannya, kecualilah jika ditawarkan jawatan. Itu sangkaan awal sahaja. Mungkin juga mudah sahaja orang UMNO dijual beli. Sekarang kita lihat pula fasa mempertahankan maruah UMNO.

Orang PH makin sedar dengan telatah Mahathir. Masing-masing tak senang duduk. Perjuangan PH agar pemikiran Mahathir boleh diubah seperti kehendak mereka makin gagal. Mahathir bukanlah semudah seperti yang disangka. 2 tahun yang diberi kepada beliau bukanlah tempoh yang pendek. LKS sedar hal itu, beliau bingkas bangun bersuara untuk mengeluarkan kenyataan yang agak keras kepada Mahathir supaya terus kekal mempertahankan agenda PH.

Namun, semua itu telah terlambat kerana sekarang kuasa ada pada Mahathir. Beliau boleh singkirkan siapa yang dia mahu, dan boleh ambil siapa yang dia mahu. Tunggu dan lihat what’s the next.

Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi

22/12/2018
USM, Malaysia & Uni. Otago, NZ


MR :  Tanda-tanda retak untuk pecah seribu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: