Header Ads

ads header

Flash News

Adakah Bersatu malu untuk kata Melayu masih tuan tanah?


Keadaan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) yang membisu dan menurut sahaja tekanan puak liberal di dalam Pakatan Harapan (PH), menjadi antara punca UMNO meningkatkan suara berjuang demi Islam dan Melayu.

Menolak tohmahan parti itu menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk meraih sokongan setelah kalah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, parti itu tidak apologetik dalam pendiriannya terhadap Islam dan bangsa Melayu.

Sebaliknya, beliau berkata, Bersatu sangat bercelaru, keliru dan buntu, selain tidak konsisten dalam ideologinya – sekejap mahu menjadi penyelamat Malaysia, tetapi tidak mempunyai dasar yang konkrit untuk ditawarkan.

Beliau berkata, Bersatu belum membuktikan apa-apa kepada orang Melayu dan Malaysia, sebaliknya hanya menumpang tuah PH dalam menumbangkan Barisan Nasional, yang kini semakin lapuk untuk menjadi modal jajaan seluruh kampung.

UMNO, katanya, senantiasa konsisten dalam pendiriannya berkaitan Islam serta bangsa Melayu, tidak berdolak-dalik dan tidak mengubah-ubah pendekatannya.

“Akan tetapi, kini ada ancaman sistematik yang bertopengkan ‘kebebasan’ terhadap kepentingan bangsa Melayu dan Islam. Mungkin bukan daripada Bersatu sendiri, tetapi rakan-rakannya di dalam Pakatan Harapan yang sangat alah dengan sebarang agenda Bersatu dan Islam.

“Jadi, apabila Bersatu tidak mampu berbuat apa-apa melainkan membisu dan menurut sahaja tekanan liberal dalam Pakatan Harapan, UMNO sudah pasti tidak akan membutakan mata sahaja terhadap ancaman-ancaman ini.

“UMNO percaya semua ini lambat laun akan meruntuhkan sistem kehidupan dan norma fabrik masyarakat Melayu, jika tidak dikawal dan disanggah dari awal,” katanya dalam kenyataan hari ini, sebagai mengulas ucapan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan mesyuarat agung sayap parti itu semalam.

Menjelaskan ancaman itu bukan sebuah cerita dongeng, beliau berkata, masakan sebuah pakatan yang sentiasa berprasangka buruk antara satu parti dan parti lain, serta tidak senada dalam menterjemahkan Perlembagaan Persekutuan, boleh menjaga hak, keistimewaan dan membela nasib bangsa Melayu.

“Sebenarnya Bersatu dibangunkan tanpa sebarang pasak ideologi. Mereka sangat tidak konsisten dalam ideologi mereka. Sekejap mahu menjadi penyelamat Malaysia. Namun tiada pula dasar konkrit yang parti ini ditawarkan.

“Kemudian mereka adalah juara kesamarataan. Tetapi berpusing-pusing sekitar keperluan mendesak dasar afirmatif. Selepas dikritik kerana tidak serius dengan agenda Bumiputera, kini, mereka adalah pembela agenda Melayu pula,” katanya.

Mohamed Khaled mempersoalkan adakah Bersatu malu untuk menyatakan bahawa Melayu masih menjadi tuan kepada tanah ini.

“Adakah mereka tidak mampu, untuk membawa naratif Melayu yang lebih progresif dan pada masa yang sama mengakui ketuanan Melayu di tanahnya sendiri? Namun yang lebih penting, siapakah Melayu dari kaca mata Bersatu?

“Jadi, mampukah Bersatu mendidik bangsa Melayu untuk menjadi tuan yang amanah di tanahnya sendiri jika hakikat ketuanan itu sendiri pun sukar untuk diakui?,” soal beliau.


MR :  Dua-dua UMNO dan PH perosak bangsa Melayu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Sebab utama kerana orang No:1 dalam Bersatu bukan Melayu Tulen.

    BalasPadam