Header Ads

ads header

Flash News

100,000 umat Islam adakan perhimpunan di Jakarta


JAKARTA - Kira-kira 100,000 ribu orang Islam menyertai perhimpunan di sekitar Monumen Nasional (Tugu Monas) di Jakarta semalam, membayangkan peningkatan pengaruh kumpulan Islam menjelang pilihan raya Presiden Indonesia pada tahun depan.

Perhimpunan itu juga diha­diri oleh bekas jeneral, Prabowo Subianto, pemimpin nasionalis yang mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan-kumpulan Islam Indonesia. Perhimpunan itu antara lain, merupakan usaha Prabowo meraih soko­ngan komuniti Islam bagi menumbangkan Presiden Joko Widodo dalam pemilihan tahun hadapan selepas tewas tipis pada pilihan raya Presiden 2014.

Ramai peserta perarakan itu memakai pakaian putih dan mengibarkan bendera Islam. Mereka mula berkumpul di Tugu Monas sejak pukul 3 pagi semalam untuk solat berjemaah.

“Kita berbangga kerana Islam di Indonesia adalah Islam yang menyatukan dan bersatu dan kita akan mengekalkan keamanan untuk semua orang,” kata Prabowo dalam ucapannya.

Beribu-ribu anggota polis dikerah bersiap sedia tetapi perhimpunan itu berlangsung dengan aman.

Penganjur menggambarkan perhimpunan kali ini sebagai ‘pertemuan semula’ kepada siri demonstrasi besar-besaran yang bermula pada hujung tahun 2016.

Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menyingkirkan Gabenor Jakarta ketika itu, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih popular dengan gelaran Ahok kerana menghina Islam. Beliau merupakan etnik Cina beragama Kristian pertama memegang jawatan itu.

Sementara itu, Joko juga cuba meraih sokongan dengan memilih ulama berusia 75 tahun, Ma’ruf Amin sebagai regunya untuk jawatan Naib Presiden Indonesia pada pilihan raya tahun depan. – Reuters

MR :  Mampukan himpunan ICERD untuk dapat 500,000?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Kita umat Islam wajib berjihad untuk menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam. Kalah atau menang tidak penting bagi kita kerana kehidupan akhirat yang kekal abadi adalah lebih penting dari kehidupan dunia yang sementara dan melalaikan.

    Hidup kita dan mati kita adalah untuk Allah kerana Allah sahaja.

    BalasPadam
  2. Buya Hamka berkata: “Jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan.”

    Wahai umat Islam, marilah kita semua bersatu padu menentang ICERD pada 8 hb Disember 2018 kerana puak munafik Melayu liberal dan puak kafir harbi boleh menggunakan ICERD untuk menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam termasuklah hak kaum Melayu sendiri !!!!

    Kita berjuang bukan untuk membela hak kita hari ini sahaja tetapi kita juga berjuang untuk membela hak keturunan kita di masa hadapan !!!

    BalasPadam