Header Ads

ads header

Flash News

Tukang masak tampil nafi mulakan kekecohan di kuil


Seorang tukang masak yang dituduh sebagai warga asing yang mencetuskan kebakaran rumah kongsi berdekatan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya sebelum ini, tampil membersihkan namanya hari ini.

Sulaiman Abdullah, 32, berkata pada waktu kejadian pada jam 1.00 tengah hari Isnin lalu, beliau mendapati rumah kongsinya yang dibuat daripada kontena itu telah terbakar ketika tiba untuk mengambil pakaiannya untuk dibasuh.

"Ketika tiba saya dapat melihat dua kontena terbakar dan saya terus masuk ke ke dalam tetapi hanya sempat menyelamatkan beg berisi Al-Quran dan sejadah.

"Ketika keluar dari kontena itu, sekumpulan lelaki mengepung saya dan menuduh saya memulakan kebakaran kerana saya memakai sarung tangan di tangan sebelah kiri sebelum mula memukul saya," katanya ketika ditemui di kediaman adiknya di Kuala Lumpur.

Katanya beliau kemudiannya diselamatkan pihak polis yang membawanya keluar dari kawasan itu.

Sulaiman yang sudah mula tinggal di rumah kongsinya itu sejak empat bulan lalu bekerja di sebuah restoran di dalam bangunan menara MCT, One City, Subang Jaya.

Beliau yang juga seorang warga negara tempatan berkata tindakannya tampil menjelaskan hal sebenar adalah kerana laporan kejadian itu tular di internet sehingga menimbulkan salah sangka orang-ramai terhadapnya, termasuk daripada kenalan dan saudara-maranya.

Beberapa laporan media sebelum ini melaporkan warga negara asing dikatakan memulakan kebakaran rumah kongsi itu.

Sulaiman menjelaskan rumah kongsi itu disediakan majikan bagi pekerja restorannya dan beliau sememangnya memakai sarung tangan ketika memasak.

Beliau turut membuat satu laporan polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya mengenai kejadian sebenar itu.

- Bernama


MR :  Pelampau Hindu ini sama macam Raja Bahrin dan parti AMANAH buat tuduhan tanpa bukti isu roboh rumah di Terengganu. Pakai hentam aje nak cari publisiti


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. "Ketika keluar dari kontena itu, sekumpulan lelaki mengepung saya dan menuduh saya memulakan kebakaran kerana saya memakai sarung tangan di tangan sebelah kiri sebelum mula memukul saya," katanya ketika ditemui di kediaman adiknya di Kuala Lumpur."

    Komen: "take law into own hands" ini kalau tidak dibendung dengan tegas dan keras akan membawa kepada situasi lebih bobrok: anaRKI.

    BalasPadam
  2. Kita mohon pihak berkuasa bertindak tegas dengan menangkap dan mendakwa mantri perpecahan dan exco rasis yang telah membuat hasutan jenayah dan semua perusuh dan pelampau hindu yang telah melanggar undang-undang dengan melakukan provokasi dan jenayah dengan mengadakan perhimpunan haram, menyerang dan memukul orang awam dan merosakkan atau membakar kenderaan awam dan kerajaan dll !!!

    Jika pihak berkuasa tidak bertindak ke atas penghasut dan perusuh hindu ini, rakyat sudah pasti akan hilang kepercayaan kepada pihak berkuasa.

    Rakyat sekarang sudah cerdik kerana mereka tahu pemimpin-pemimpin KERAjaan baru hanya pandai bercakap retorik atau sembang lebat habuk pun tarak !!! Pelbagai janji pakatan telah ke laut !!!!

    BalasPadam