Header Ads

ads header

Flash News

TS Madinah Diarah Buat Kenyataan Meragukan?


Kenyataan media Tan Sri Madinah membuktikan Kerajaan PH amat memerlukan isu 1MDB untuk mengekalkan kepercayaan rakyat kepada mereka. Bukan itu sahaja mereka juga mahu ahli UMNO percaya kekalahan UMNO disebabkan 1MDB bukan isu GST dan janji bohong PH. Najib mesti dipersalahkan.

TS Madinah mengakui Mesyuarat Kabinet, mengarahkan beliau membuat kenyataan media pada hari Ahad (semalam) kononnya laporan akhir pengauditan 1MDB kepada PAC telah dipinda beberapa kali.

Tidak disebut secara nyata, apa yang dipinda. Adakah yang dipinda itu ialah memadamkan nama suspek, pindaan ayat, pindaan angka angka kewangan atau pindaan untuk melindungi kesalahan?

Mengenai Jho Low, Najib telahpun menjelaskannya melalui jawapan bertulis di Parlimen pada 21 Disember 2015 (lebih awal daripada tarikh dakwaan pindaan 2016), iaitu Jho Low hadir ke mesyuarat itu kerana dia mewakili syarikat Petrosaudi dan Putera Turki. Jawapan sebelum tarikh dakwaan pindaan itu dibuat membuktikan tiada cover up.

Sudah pasti kenyataan media itu menimbulkan persepsi iaitu Najib cuba menipu dan melindungi penjenayah. Kenyataan TS Madinah itu masih kabur tetapi dibuat secara terbuka kepada orang ramai. Justeru, rakyat perlu membaca penjelasan terkini DS Najib dalam Facebook-nya.

Peguam TS Shafie Abdullah juga mempertikaikannya sebagai “contempt of court“. Tan Sri Ambrin pula telah menafikan dakwaan mengenai pindaan tersebut.

Maka kenyataan media itu ada muslihat tertentu. Bahkan dalam kenyataan media itu didedahkan, laporan akhir pengauditan 1MDB dianggap sebagai satu krisis dan mantan PM minta siasatan dilakukan oleh pihak penguatkuasa. Itu bermakna tiada unsur untuk melindungi.

Tetapi isu 1MDB terus dipanaskan oleh pemerintah. Kenapa? Kerana Najib dianggap sebagai satu ancaman kerana dia aktif menjawab isu di media sosial, jawapannya berfakta dan hujahnya di Parlimen kukuh.

Najib mesti dimusnahkan lebih awal secara total walaupun kes mahkamahnya belum bermula dan dakwaan mengenai 1MDB belum dibuat.

Itulah dendam keadilan Kerajaan PH?

Mohd Puad Zarkashi



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan